Kempen Rebat RM400 Bagi Pembelian Samsung Galaxy Note 9 Dilanjutkan Hingga 14 Mei 2019

Samsung Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka kini telah melanjutkan kempen rebat RM400 bagi setiap pembelian Samsung Galaxy Note 9 mulai sekarang hingga 14 Mei 2019.

Kempen ini membolehkan pelanggan menerima tawaran eksklusif potongan sebanyak RM400 bagi setiap pembelian Samsung Galaxy Note 9 versi 128GB atau 512GB. Ia tersedia untuk empat pilihan warna : Midnight Black, Metallic Copper, Ocean Blue dan Lavender Purple.

Tawaran ini tertakluk pada konsep siapa cepat dia yang dapat. Jangan lepaskan peluang dan segera ke Samsung Experience Stores atau pengedar sah untuk nikmati tawaran ini. Anda juga boleh membelinya secara atas talian. Maklumat lanjut, layari Samsung Malaysia.

You might also like