
Sarung Pelindung & Kotak Pembungkus Redmi K20 Muncul Di Media Sosial – Cantik Menarik Tertarik!
Meskipun belum mendedahkan tarikh untuk pelancaran, namun Redmi dilihat terus mengacah mengenai pewaris baru mereka iaitu Redmi K20. Terbaru, imej kotak bungkusan dan sarung pelindung model tersebut bocor di media sosial – sekaligus mendedahkan beberapa butiran utama.
Memetik imej tersebar, kotak bungkusan Redmi K20 dihiasi dengan dua warna menarik – warna hitam pada penutup, manakala kotak utama pula bewarna ungu. Pada kotak tersebut terdapat tulisan memperlihatkan model tersebut – Redmi K20 bersama ikon comel di tengah.
Seterusnya, sarung pelindung. Imej tersebar memperlihatkan sarung pelindung Redmi K20 dilihat hadir dengan warna ungu. Terdapat potongan panjang pada bahagian tengah bersama tulisan “Redmi”- spekulasi mendedahkan ia dijangka mempunyai persediaan tiga kamera.

Tiada potongan untuk pengimbas cap jari pada sarung pelindung – sekaligus memberi bayangan model ini dijangka hadir dengan pengimbas cap jari di bawah skrin. Sisi kanan memperlihatkan benjolan menempatkan butang kuasa dan laras suara.

