Bixby 2.0 Menyokong Peralatan Elektrik Pintar Di Rumah

Pada acara Samsung Developer Conference, Samsung telah memperkenalkan Bixby 2.0 kepada yang hadir. Ini adalah generasi kedua selepas Bixby 1.0.

Pembantu maya Bixby telah diperkenalkan semasa Samsung Galaxy S8 diumumkan April lalu. Malah Samsung juga membina satu butang fizikal khas Bixby di bahagian sisi Galaxy S8, dan ia diteruskan sehingga model flagship terbaru, Galaxy Note8.

Bixby 2.0 diumumkan bagi menggantikan Bixby 1.0 dengan membaiki beberapa isu dan masalah serta memasukkan sokongan mengawal alat peranti pintar seperti TV, peti sejuk, mesin basuh, robot vakum, speaker dan peranti pintar lain.

Selain itu, Samsung juga memaklmumkan kebolehan mendengar suara pada Bixby telah dipertingkatkan, tidak hairan Bixby 2.0 kini boleh mengenal pasti suara setiap ahli keluarga anda di rumah.

Pengenalan ini juga telah membuka jalan kepada pembangun pihak ketiga untuk mengintegrasikan Bixby ke dalam aplikasi mereka. Kemungkinan di masa akan datang lebih banyak aplikasi yang mampu berfungsi melalui pembantu maya ini.

You might also like