Maxis RE: Collection – Raikan Tahun Baru Cina Dengan Teknologi Khas Warga Emas & Orang Tersayang

Setiap perayaan menandakan detik penting dan penuh kenangan manis bagi semua orang, namun tidak pula bagi warga emas yang menghidapi demensia. Kenangan gembira mereka mungkin akan semakin pudar, jadi Maxis ingin meraikan Tahun Baru Cina 2020 bersama warga emas dengan memperkenalkan aplikasi RE: Collection.

Aplikasi kenangan peribadi ini membolehkan pengguna merakam detik-detik kegemaran, serta membolehkan ahli keluarga mengguna analisis data untuk memahami apa pemacu ingatan yang penting bagi pesakit demensia.

Aplikasi RE:Collection l Muat Turun (Android l iOS)
  • Mengenang kembali memori kegemaran – Mendorong orang-orang tersayang untuk mengenang kembali memori masa lalu melalui cetusan foto atau video.
  • Menghidup semula cerita-cerita melalui Realiti Gabungan (AR) – Ceritakan kisah di belakang setiap gambar fizikal untuk membantu orang tersayang memahami persekitaran mereka.
  • Mengenang dengan pintar – Meningkatkan hubungan antara penjaga dan warga emas dengan menpelajari pencetus memori terbaik melalui analisis.

Pada masa yang sama, Maxis juga melancarkan UnforgetTABLE, sebuah Meja Pintar yang dikuasakan oleh 5G Maxis untuk mengiktiraf objek serta analisis gelombang otak. Apabila objek dengan sensor diletakkan di atas Meja Pintar, ia akan memainkan semula video kenangan yang berkaitan pada skrin.

Filem Pendek “Tahun Baru Cina Yang Tidak Dapat Dilupakan”

Apabila pengguna memakai sensor alat dengar, Meja Pintar boleh memaparkan output gelombang otak keadaan mental mereka pada skrin, contohnya perasaan ketenangan, keseronokan, kebosanan, kesedihan dan sebagainya. Analisis ini membolehkan penjaga dapat memahami pesakit demensia dengan lebih baik, pameran ini terbuka kepada orang awam di Pusat Maxis, KLCC mulai sekarang.

Di Sebalik Tabir

Maklumat lanjut mengenai Maxis RE: Collection, layari laman rasmi Maxis CNY 2020.

 

 

You might also like