Samsung Bixby Kini Dilancarkan Secara Global

Pada bulan Julai yang lalu, bantuan digital Samsung Bixby hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat sahaja. Hari ini, ia boleh digunakan secara global di mana-mana negara termasuk Malaysia. Jika anda pemilik Samsung Galaxy S8 dan S8+ yang pandai berbahasa Inggeris atau Korea, tiada masalah untuk Bixby membantu anda.

Selain itu, Samsung juga menyatakan Bixby kini dipertingkatkan keupayaannya untuk memahami dialek-dialek Bahasa Inggeris dalam teknologi dipanggil “Peningkatan keupayaannya untuk mentafsir dialek serantau”.

Bagaimanapun, buat masa ini Samsung tidak menyatakan sama ada bahasa lain akan ditambah tetapi mereka mahu Bixby ini diintegrasikan pada aplikasi pihak ketiga kelak. Oleh itu, di masa akan datang pengguna lebih bebas menggunakan arahan suara sepenuhnya pada peranti masing-masing.

Kepada anda yang memiliki Samsung Galaxy S8 dan S8+, anda boleh membuat tetapan bermula sekarang.

You might also like