IFA 2017 : Sony Mengembalikan Nostalgia Melalui Walkman® NW-ZX300

Jika anda lahir pada lewat tahun 70’an, anda pasti biasa melihat golongan muda membawa Walkman di mana-mana. Era Walkman berlanjutan sehingga pada tahun 2005 dimana pada tahun itu kaset lagu masih lagi relevan digunakan. Selapas pada tahun itu, Walkman telah dialihkan ke dalam telefon pintar Sony Ericsson siri-W yang mana pada masa itu harganya mencecah ribuan ringgit.

Selepas tahun berganti tahun, kebanyakkan di antara kita mendengar lagu melalui telefon pintar. Oleh itu, Sony ingin menghidupkan semula era kegemilangan Walkman tetapi kali ini disaratkan dengan pelbagai teknologi moden. Sony Walkman NW-ZX300 yang diperkenalkan hadir dengan kualiti luaran dan dalaman yang tinggi.

Alat ini menawarkan Hi-Res Audio melalui penguat digital yang ditala mengikut teknologi S-Master HX. Melaluinya, pengalaman mendengar muzik kini menjadi lebih jelas dan mengasyikan. Dengan casis badan berasaskan aluminium, kerangka NW-300 mampu bertahan lebih lama malahan tahan lebih lasak. Menggunakan kabel dalaman OFC, muzik yang disalurkan menjanjikan prestasi tinggi dan tidak mudah untuk kehilangan isyarat transmisi.

Anda juga boleh melayan muzik terus dari komputer menerusi USB-DAC, malah ZX300 juga menyokong fail lagu MQA Hi-Res Audio. Walaupun ia didatangkan dengan badan yang nipis dan ringan bateri yang mengagumkan ini mampu bertahan sehingga 30 jam. Selain itu, ruang simpanan 64GB juga menyokong kad memori tambahan.

Sony Walkman NW-ZX300 hadir dengan pilihan warna Hitam pusam bersama fungsi sambungan Bluetooth dan NFC. Ianya akan memasuki pasaran Malaysia pada pertengahan November kelak.

You might also like