Lebih Pantas, Lebih Gempak, Crossfire! — Crossfire: Legends Umum Kepulangan ke Asia Tenggara, Ujian Beta Bermula 23 Julai 2025

Pemain-pemain Asia Tenggara, bersedia untuk beraksi! Level Infinite, jenama permainan global Tencent, hari ini mengumumkan bahawa Crossfire: Legends, permainan FPS mudah alih yang dinantikan, bakal kembali ke rantau ini dengan Ujian Beta yang akan berlangsung dari 23 Julai sehingga 22 Ogos, dibuka kepada pemain di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Dengan pelancaran Asia Tenggara yang dirancang pada separuh kedua 2025, permainan ini telah membina pangkalan peminat yang besar di China, disokong oleh hasil peringkat teratas dan sentimen pengguna yang sangat positif.

Crossfire: Legends ialah versi global Crossfire Mobile, permainan FPS mudah alih terlaris di China yang telah memenangi hati jutaan peminat. Dibangunkan oleh TiMi Studio Group, subsidiari Tencent Games, diterbitkan oleh Level Infinite, dan dilesenkan secara rasmi oleh syarikat permainan Korea Selatan, Smilegate, permainan ini membawakan pengalaman FPS berprestasi tinggi yang dioptimumkan sepenuhnya untuk platform mudah alih.

“Kami sedar pengaruh jenama Crossfire yang kukuh di Asia Tenggara dan permintaan tinggi daripada komuniti pemain untuk pengalaman mudah alih yang lancar,” kata Darren Gu, Penerbit Crossfire: Legends. “Crossfire: Legends dibina untuk generasi baharu pemain kompetitif — pantas, mendebarkan dan dioptimumkan untuk peranti mudah alih dari hari pertama. Daripada watak ikonik, senjata, peta dan mod permainan kepada kawalan yang diperhalusi dan enjin yang dioptimumkan, kami teruja untuk membawa semula legasi Crossfire ke rantau ini dan tidak sabar untuk pemain merasai pengalaman tembak-menembak paling tulen di peranti mereka.”

Direka Untuk Pertempuran – Pengalaman FPS Penuh Aksi

Crossfire: Legends mengekalkan semangat francais asal Crossfire, sambil memperkenalkan kawalan baharu dan pengoptimuman terkini untuk memberikan pengalaman “purest gunfight” yang lebih mantap dan responsif di peranti mudah alih.

Crossfire: Legends menawarkan pengalaman FPS mudah alih yang tiada tandingan — penuh aksi, pantas, dan mendebarkan, terus di hujung jari anda. Dibina dengan enjin Unity yang dioptimumkan, permainan ini menawarkan kawalan lancar, kadar bingkai yang stabil, dan aksi pantas yang serasi dengan pelbagai jenis telefon pintar. Sama ada memburu ‘headshot’ atau menutup kawasan, Crossfire: Legends direka untuk refleks pantas dan kawalan jari yang tepat — memberikan pengalaman FPS mudah alih tanpa kompromi.

Reka bentuk peta yang padat dan strategik memastikan pemain terus kekal aktif dalam pertempuran, tanpa masa menunggu atau aktiviti ‘loot’ yang meleret. Sama ada menerobos koridor sempit atau mempertahankan posisi dalam pertempuran sengit, Crossfire: Legends menyajikan aksi pantas dan intens — di mana setiap saat boleh menentukan kemenangan.

Mod Permainan Kompetitif Yang Pantas & Padat

Permainan ini akan dilancarkan dengan dua mod ikonik: Search & Destroy dan Team Deathmatch. Dalam Search & Destroy, dua pasukan bersaing antara satu sama lain — satu bertugas untuk menanam bom, manakala satu lagi harus menghalangnya. Mod ini menekankan strategi, kerjasama, dan keputusan pantas — sesuai untuk pemain kompetitif dan e-sukan mudah alih.

Team Deathmatch pula menawarkan aksi pantas tanpa gangguan — sesuai untuk pemain kasual yang mahu terus menyertai pertempuran dengan segera.

Untuk variasi yang lebih santai, mod permainan baharu akan diperkenalkan dari semasa ke semasa, memberikan gaya permainan yang lebih kreatif dan tidak dijangka — sesuai untuk pelbagai jenis pemain.

Senjata Yang Memuaskan – Setiap Tembakan, Setiap Bunyi Berbaloi

Dengan Crossfire: Legends, pemain boleh memilih daripada pelbagai senjata seperti rifle serangan, submachine guns (SMG), senapang patah dan rifle penembak tepat — setiap satu dengan corak tembakan dan prestasi yang berbeza. Gabungan ini bukan sahaja menambah kedalaman kepada gaya permainan, malah memperkukuh lagi kedudukan permainan ini sebagai pilihan kompetitif untuk e-sukan mudah alih.

Kepelbagaian skin senjata juga memberi sentuhan visual yang lebih imersif kepada pengalaman pertempuran.

Dibina Khas Untuk Pemain Asia Tenggara

Crossfire: Legends telah dilokalkan dengan mendalam untuk pemain Asia Tenggara — termasuk sokongan penuh Bahasa Melayu, Thai, dan Indonesia; serta rekaan karakter, kostum dan acara dalam permainan yang diinspirasikan oleh budaya tempatan.

Permainan ini turut menyokong penyesuaian kawalan menyeluruh, termasuk sensitiviti sasaran, sokongan giroskop, serta reka letak butang yang boleh diubah — membolehkan pemain menyesuaikan pengalaman permainan mengikut gaya masing-masing, sama ada kasual mahupun kompetitif.

Maklumat Ujian Beta 

Ujian Beta Tertutup Crossfire: Legends akan berlangsung dari 23 Julai hingga 22 Ogos 2025 untuk pengguna iOS dan Android. Pengguna iOS boleh memohon ‘test key’ melalui TestFlight, manakala pengguna Android digalakkan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi kami di https://www.facebook.com/PlayCrossfireLegends/ untuk info terkini dan maklumat akses.

Peminat yang berminat untuk menjadi antara yang pertama mencuba dan memberi maklum balas sebelum pelancaran rasmi sangat digalakkan untuk menyertai.

Tonton treler pengumuman rasmi di sini: https://youtu.be/NYnzcERNmdY

Sertai Pertempuran. Ikuti Kami.

Untuk info lanjut, berita terkini, kandungan eksklusif dan acara komuniti Crossfire: Legends, ikuti saluran rasmi kami di:

Facebook:https://www.facebook.com/PlayCrossfireLegends/ 
YouTube:https://www.facebook.com/PlayCrossfireLegends/ 
TikTok:www.tiktok.com/@cflegendsofficial 
You might also like