CES 2019: ASUS Umum TUF Gaming FX505DY & FX705DY – Laptop Gaming Dikuasakan Oleh Pemproses AMD® Ryzen™ 5 3550H

1161
- Iklan -

ASUS baru-baru ini mengumumkan 2 perantinya iaitu TUF Gaming FX505DY dan TUF Gaming FX705DY, yang merupakan komputer gaming yang dikuasakan oleh pemproses AMD® Ryzen™ 5 3550H dengan sokongan sehingga 32GB RAM dan beberapa pilihan storan.

Komputer riba ini dilengkapi dengan grafik discrete Radeon™ dengan paparan vivid FreeSync™. Ia turut direka dengan bingkai bezel yang nipis memberikan paparan NanoEdge untuk mempertingkatkan kepuasan paparan.

Cip Ryzen™ 5 3550H merupakan cip kuasa bagi FX505DY dan FX705DY yang mempertingkatkan 4 teras dan 8 threads yang akan mempamerkan prestasi yang menakjubkan tanpa mengira sama ada bermain game atau melakukan kerja seharian. Pemproses yang berkuasa ini pastinya sesuai kerana ia tidak menjejaskan jangka hayat bateri.

Vega-based integrated graphics membenarkan APU untuk menguasakan komputer itu sendiri yang akan menjimatkan kuasa dan memanjangkan jangka hayat bateri sehingga 7 jam bagi tontonan video bersaiz 1080p bagi FX705DY dan sehingga 6 jam bagi FX505DY.

Ketika bermain game, AMD Switchable Graphics tech secara automatik akan mengaktifkan laptop’s discrete Radeon RX 560X. GPU akan menjalankan frame rate dengan lancar ketika bermain permainan seperti Fortnite dan Overwatch begitu juga dengan League of Legend dan Dota 2.

FX505DY dan FX705DY menggunakan FreeSync variable refresh rate technology untuk menyamai refresh rate paparan dengan GPUS’s frame rate. Dengan menyeragamkan komponen-komponen ini akan menyingkirkan visual tearing, mengurangkan lag dan lain-lain.

FX505DY didatangkan dengan 15.6 inci FHD IPS-level display, manakala FX705DY pula ialah 17.3 inci panel. Sungguhpun kedua-duanya beroperasi di dalam julat FreeSync di antara 40-60Hz, namun hanya FX505DY yang mempunyai pilihan refresh yang bermula dari 48-120Hz yang menawarkan prestasi yang lebih lancar pada frame rates yang lebih tinggi.

Panel 60Hz adalah sesuai untuk pemain yang bermain permainan grafik yang lebih tinggi. Alternatif 120Hz disyorkan untuk permainan tembakan yang pantas seperti CS:GO dan Overwatch.

Ketika sedang asyik bermain game, komputer riba TUF Gaming akan sentiasa dalam keadaan sejuk disebabkan rekaan khas thermal solution yang mana mengekalkan suhu dalaman. Teknologi HyperCool menyimpan CPU dan GPU dengan kipas untuk setiap cip.

FX505DY dan FX705DY mendapat military-grade MIL-STD-810G bagi aspek ketahanan. Beberapa ujian telah dilakukan bagi memasti ia mampu bertahan dalam persekitaran yang ekstrem, getaran atau hentakan. FX505DY pula disahkan mampu bertahan dalam jatuhan yang lebih tinggi.

Dalam pada itu, HyperStrike deck membawa susun atur desktop yang diilhamkan dengan mengasingkan fungsi kekunci bagi memudahkan pengecaman dan numeric keypad penuh. Dalam pada itu, ia juga mempunyai space bar yang lebih luas, offset arrow keys, key caps yang melengkung dan highlighted WASD keys.

Papan kekunci ini juga adalah backlit dengan Red Matter bagi versi FX505DY dan FX705DY yang mana ia memberikan cahaya merah yang memantulkan trim sementara model gold steel disertakan dengan RGB lighting.

Selain itu, ia juga disertakan dengan Wi-Fi 5 (802.11ac) dan 3 USB ports. Kedua-dua model ini mempunyai bunyi yang mengagumkan dengan DTS Headphone:X® technology yang membawakan 7.1-channel virtual surround sound. Pemain boleh memilih di antara built-in presets untuk game, movie dan sukan atau hands-on tuning dengan embedded equalizer.

_______________________________________

Baca juga: