
CES 2019: ASUS Melancarkan ROG Zephyrus S GX701 – Laptop Gaming Dengan Saiz Bezel Nipis
Selain memperlihatkan ROG Mothership, ASUS turut memperkenalkan sebuah komputer riba baru dalam keluarga Zephyrus S iaitu ROG Zephyrus S GX701 menjelang CES 2019.

ROG Zephyrus GX701 membawakan paparan bersaiz 17 inci yang menyokong kadar segar pada 144Hz bersama rekaan bilah yang nipis. Ia turut ditambah dengan teknologi NVIDIA G-SYNC , teknologi Optimus dan panel PANTONE yang disahkan bagi menjamin ketepatan warna untuk pengalaman permainan terbaik.

Komputer riba ini dijana oleh cip pemproses Intel Core i7-8750H ke-8 dan mempunyai sehingga 24GB DDR4 RAM dan 8GB GDDR6 VRAM berasingan . Ia juga dilengkapi dengan NVMe SSD dengan kapasiti sehingga 1TB dan empat jalur jalur lebar PCI Express 3.0.

Pada masa sama, ASUS turut mengemaskini sebilangan produknya dengan pilihan grafik baru, NVIDIA® GeForce RTX™ 2080. Antara senarai produk yang dikemaskini adalah seperti berikut :
- ROG G703
- ROG Zephyrus S GX531
- ROG Strix SCAR II
- ROG Strix Hero II
__________________________________________________
Artikel Berkaitan :
- CES 2019 : Samsung Perkenal Barisan Monitor Baharu – Space Monitor, Samsung CRG9 & Samsung UR59C
- CES 2019 : Samsung Perkenalkan Televisyen Mikro-LED Berukuran 75 Inci
- CES 2019: ASUS Umum TUF Gaming FX505DY and FX705DY
- CES 2019 : ASUS Memperlihatkan ROG Mothership – Komputer Riba Dengan Reka Bentuk Inovatif

