LAGI!! Jip Hangus Disebabkan Oleh Samsung Galaxy Note7 Meletup

1Sebuah jip hangus terbakar dipercayai berpunca daripada Samsung Galaxy Note7 yang sedang dicas tiba-tiba meletup di dalam kenderaan Jeep Grand Cherokee. Menurut berita antarabangsa, difahamkan pemilik jip berkenaan dan isterinya baru sahaja pulang dari satu jualan garaj sempena dengan sambutan Hari Buruh di Florida, Amerika Syarikat.

4Pemilik jeep, Nathan Dornacher meninggalkan Galaxy Note7 miliknya dalam keadaan bercas ketika sedang memunggah barang-barang yang dibeli. Tetapi, kedengaran anjing miliknya yang menyalak kuat membuat Nathan kembali ke jipnya yang kelihatan api mula kuat.

“Saya tidak menyangka, sebuah telefon baru berupaya membakar kereta, rumah atau mencederakan ahli keluarga saya,” katanya.

Meskipun tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden itu, wakil Samsung mengesahkan sudah menghubungi Nathan untuk membantunya sekadar termampu. Sebelum ini, terdapat beberapa kes Galaxy Note7 meletup dan Samsung telah membuat pengumuman untuk menarik balik peranti berkenaan dari dipasarkan ke seluruh dunia. Susulan daripada insiden letupan tersebut, beberapa buah syarikat penerbangan di Australia mengambil langkah proaktif mengeluarkan amaran kepada para penumpangnya untuk tidak mengecas peranti pintar Galaxy Note7 semasa penerbangan.

3

~ Pesanan~

Kepada korang yang masih lagi belum menukar Samsung Galaxy Note7, segeralah bertukar agar dapat mengelak daripada kejadian yang tidak diingini.

You might also like