
“Setakat ini (pada 1 September) terdapat 35 kes yang telah dilaporkan di seluruh dunia dan kami sedang menjalankan pemeriksaan menyeluruh dengan pembekal kami untuk mengenal pasti mungkin bateri terjejas di pasaran. Walau bagaimanapun, kerana keselamatan pelanggan-pelanggan kami adalah keutamaan mutlak di Samsung, kami telah berhenti jualan Galaxy Note7”.
Samsung telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka pada 2 September 2016 untuk menarik balik 4000 unit Samsung Galaxy Note7 yang ditempah, kerana timbul banyak kes bahawa peranti ini meletup ketika dicas. Menurut seorang pegawai Samsung yang tidak didedahkan namanya, yang punca letupan tersebut telah dikaitkan dengan masalah bateri.
Bagi pelanggan yang sudah mendapatkan Galaxy Note7, Samsung dengan sukarela akan menggantikan peranti semasa mereka dengan yang baru sepanjang minggu akan datang. Pelanggan boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di 1-800-88-7799 untuk pertanyaan lanjut.
Berikutan eksiden berkenaan, Samsung terpaksa menangguhkan penghantaran Galaxy Note7 ke Eropah, termasuk Perancis serta menjejaskan jualan dalam negara dan menanggung kerugian hampir RM 29 Billion.
“Kami mengakui kesulitan yang terjadi di pasaran tetapi ini adalah untuk memastikan bahawa Samsung terus menghasilkan produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan. Kami akan berusaha untuk memastikan penggantian lebih mudah dan cekap yang mungkin”.

