
Pulsar
Pulsar merupakan pemain muzik kegemaran editor, ianya sangat ringan dan amat mudah untuk digunakan. Yang paling penting ia menggunakan antaramuka Material Design, jadi ia selari dengan reka bentuk sistem Android. Anda boleh muat turun aplikasi ini secara percuma, namun sekiranya anda mahukan lebih banyak tema dan kawalan equalizer, anda harus mendapatkan versi Pro dengan bayaran RM 12.99, memang berbaloi memandangkan aplikasi ini sangat stabil dan tiada masalah setakat ini.
Selain itu anda mempunyai akses untuk meletakkan informasi untuk fail audio anda dan Pulsar secara automatik akan memuat turun gambar artis dan album bagi mencantikkan lagi galeri lagu.
Muat Turun

