
HUAWEI Tidak Akan Lupakan Pembangunan HongMeng OS, Bakal Beri Prestasi Yang Sangat Mengagumkan
Seperti yang diketahui sekatan yang dikenakan terhadap HUAWEI oleh Amerika Syarikat telah ditarik balik, namun menurut pengasas HUAWEI, Ren Zhengfei menegaskan bahawa mereka tidak akan mengabaikan pembangunan HongMeng OS.
Beliau menyatakan bahawa sistem operasi HUAWEI akan diterapkan di dalam suis rangkaian seperti pusat data, router dan telefon pintar.
Dakwanya lagi, ia mampu berfungsi dengan lebih pantas dari Google Android OS. Dikatakan HongMeng OS mencatat kelewatan memproses kurang dari 5ms.
Jadi sama-sama kita nantikan perkembangan sistem operasi dari HUAWEI ini.