[Tertiris] Rekaan Penuh Huawei Nova 4 Muncul Di Internet – Bakal Hadir Dengan Kamera 48MP

921
- Iklan -

Biarpun belum dilancarkan secara rasmi, namun bahangnya kian terasa apabila sedikit demi sedikit maklumat mengenai telefon pintar terbaharu Huawei iaitu Huawei Nova 4 muncul di media sosial.

Terbaru, terdapat pula berita ketirisan mengenai rekaan keseluruhan telefon pintar tersebut. Melalui maklumat yang diterima, telefon pintar ini bakal hadir dengan rekaan lubang kecil pada paparan skrin hadapan yang ditempatkan pada bucu atas sebelah kiri.

Selain itu, rekaan panel belakangnya pula dikatakan mirip model Huawei P20 Pro apabila dilengkapi dengan sokongan tiga kamera utama. Ia juga dikatakan bakal hadir dengan pengimbas cap jari fizikal berbentuk bulat pada panel belakang.

Nova 4 juga berkemungkinan besar bakal hadir dengan kamera beresolusi 48MP apabila sumber menyatakan terdapat label “48MP AI Camera” yang dilihat bersebelahan lampu flash dalam gambar yang tersebar.

Bagaimanapun, seperti biasa maklumat yang diperoleh hanya sekadar ‘rumors’ dan belum dapat diketahui kesahihannya. Apapun, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 17 Disember depan!

[SUMBER],[SUMBER 1]


Artikel berkaitan: