Terus Menggoda! realme X50 5G Berupaya Menyokong Penggunaan Wi-Fi & 5G Secara Serentak?

realme nampaknya terus mengacah orang ramai dengan peranti 5G pertama mereka iaitu realme X50 5G. Terbaru, realme telah berkongsi poster acah mendedahkan realme X50 5G bakal didatangkan dengan sokongan dua hala yang membolehkan penggunaan Wi-Fi dan rangkaian 5G secara serentak.

realme mengatakan bahawa peranti tersebut bakal menyokong dwi saluran – Wi-Fi & 5G untuk sambungan dalam talian pada masa yang sama sekaligus meningkatkan lagi kelajuan rangkaian pada bila-bila masa. realme menambah, rangkaian model tersebut boleh dipercepatkan rangkaian dan dan boleh menggunakan kedua-dua 2.4GHz dan 5GHz untuk Wi-Fi.

Selain itu, realme juga mendedahkan bahawa realme X50 5G bakal meliputi semua jalur frekuensi mainstream untuk sambungan 5G, termasuk n1, n41, n78, n79 dan akan menyokong rangkaian dual-mode SA dan NSA serta 5G.

Setakat ini, realme mengesahkan bahawa Realme X50 bakal dikuasai chipset Snapdragon 765G yang baru sahaja dilancarkan. Ia merupakan chipset sama yang bakal digunakan pada Redmi K30 5G dan OPPO Reno3 Pro. Korang teruja? Kongsikan komen korang dengan kami!

You might also like