IFA 2019 : Nokia 7.2 Sokong Kamera Utama 48MP Dengan Sensor ZEISS & Cip Snapdragon 660

Muncul! Nokia kini mengumumkan Nokia 7.2 di IFA 2019. Peranti dilihat membawakan reka bentuk lebih ‘fresh’ bersama penambahbaikan lebih sempurna. Di samping itu, ia juga dilihat membawakan spefifkasi dalaman yang lebih baik dan tersendiri dalam kelasnya.

Nokia 7.2 sokong skrin bersaiz 6.3” PureDisplay dan takuk kecil pada bahagian atas menempatkan kamera selfie 20MP. Ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 660 dan didatangkan memori sehingga 6GB RAM bersama storan sehinga 128GB ROM (boleh dikembangkan hingga 512GB).

Nokia 7.2 membawakan tiga kamera belakang dengan resolusi 48MP + 5MP + 8MP – ia disokong oleh sensor optik ZEISS . Ciri menarik lain termasuk ZEISS Modern, ZEISS Swirl dan ZEISS Smooth untuk kegunaan mengambil gambar potrait. Tidak ketinggalan, terdapat juga mod malam dan ia mampu merakam video dengan resolusi 4K.

Nokia 7.2 juga didatangkan dengan butang Google Assistant – dilengkapi ciri baru dikenali sebagai Google Asisstant Mode yang membolehkan untuk semakan cuasa, senarai tugas dan banyak lain tanpa menyentuh peranti. Melengkapinya, bateri 3,500 mAh dengan ciri Adaptive Battery – menjanjikan jangka hayat bateri yang panjang. Ia juga membawakan pengisian cepat 10W melalui port USB-C. Sistem Operasi ia menggunkan Android 9 Pie.

Tersedia dalam tiga warna menarik seperti Ice, Turquoise dan Anthracite, Nokia 7.2 dikatakan bakal tersedia pada penghujung September. Pun begitu, ketersediaan untuk pasaran tempatan masih belum diumumkan.

You might also like