
TP-Link, peneraju global dalam industri rangkaian produk, meluaskan pengaruh mereka di dalam pasaran teknologi, dengan memperkenalkan smartphone Neffos Y5 bersama program jaminan selama dua tahun. Inisiatif ini diperkenalkan untuk memberikan nilai yang lebih kepada pengguna, terutama Neffos Y5, sebuah peranti ideal untuk mereka yang mementingkan nilai namun mahu memiliki smartphone dengan prestasi yang baik tanpa melebihi bajet mereka.
Pengguna kini boleh menikmati ketenangan fikiran apabila memiliki smartphone Neffos dengan program jaminan selama dua tahun. Program jaminan ini meliputi perkhidmatan untuk isu-isu mekanikal dan teknikal (tidak termasuk kerosakan akibat kemalangan atau skrin pecah) bagi semua model smartphone Neffos. Neffos juga menyediakan pertukaran peranti sekiranya peranti rosak sehingga tidak boleh dibaiki lagi bagi tempoh tiga bulan pertama selepas tarikh pembelian.
Neffos Y5 mempunyai pemproses quad-core 1.3GHz dan 2GB RAM. Kapasiti ROM 16GB dan sokongan MicroSD sehingga 32GB pula menyediakan ruang yang cukup untuk anda memasang aplikasi dan permainan. Dari segi kamera pula, Neffos Y5 dilengkapi kamera belakang 8 megapiksel dengan sokongan LED flash dan juga kamera hadapan 2 megapiksel.
Satu lagi ciri bagus yang ada pada Neffos Y5 adalah ia menyokong sistem dwi-SIM, memudahkan bagi mereka yang mempunyai dua talian. Selain itu TP-Link menawarkan sistem operasi Android Marshmallow dengan kemas kini yang pantas dan baik.
Neffos Y5 dijual pada harga RM 449 di semua pengedar dan wakil penjual Neffos di seluruh negara, dan jangan lupa, pastikan anda mendapatkan program jaminan dua tahun yang ditawarkan!