UROS Dan ZTE Bekerjasama Menawarkan Servis Perantauan Pada Kadar Lebih Rendah

Uni-fi Roaming Solutions (UROS), sebuah syarikat yang meletakkan fokus kerja mereka terhadap telekomunikasi mengumumkan bahawa Goodspeed Roaming ditawarkan di dalam ZTE Blade V8 Lite terbaru. Goodspeed Roaming menawarkan kadar rata data mudah alih yang lebih rendah berbanding data perayauan konvensional yang digunakan setiap kali anda melancong ke luar negara.

Dengan menggunakan Goodspeed Roaming App bersama-sama dengan Goodspeed SIM, anda akan menikmati sambungan data pada kos rendah di lebih 120 negara. Di dalam ZTE Blade V8 Lite yang akan dilancarkan, pengguna akan mendapat aplikasi Goodspeed Roaming dan Goodspeed SIM, kedua-dua komponen ini amat penting untuk anda menikmati servis Goodspedd Roaming. Selepas mengaktifkan Goodspeed Roaming di ZTE Blade V8 Lite, pelanggan boleh menggunakan Goodspeed SIM untuk menikmati sambungan data pada kadar lebih rendah.

You might also like