
Boost berhasrat untuk membina ekosistem e-dompet yang mantap melalui tiga inisiatif. Pertama, khususnya untuk PKS terutama perusahaan mikro, mewujudkan ekosistem rangkaian peniaga yang mantap untuk membolehkan dan mengubah perniagaan secara digital, di samping memberi sokongan pembiayaan dalam norma baharu ini. Kedua, memastikan komuniti terlindung dan akhir sekali, membolehkan warga Malaysia meneruskan perniagaan dan urusan harian dengan selamat. Inisiatif kedua dan ketiga disokong dengan pelancaran kempen #BoostGotYou, edisi ‘Stay At Home.’

Antara biller baharu termasuk Maxis (Postpaid dan Home), XOX postpaid, RedOne Prepaid, Hello oleh Merchant Trade, Majlis Daerah Hulu Selangor, Nur Power dan Pengurusan Air Pahang Berhad. Dengan penambahan biller baharu ini, pengguna kini boleh membayar bil di sepuluh (10) jenis akaun telekomunikasi pascabayar, prabayar dan internet, bil air di tiga belas (13) negeri, serta cukai taksiran dan kompaun letak kereta di tujuh (7) pihak berkuasa tempatan. Antara biller terkenal yang lain adalah Unifi untuk internet, Astro untuk TV Satelit, pembayaran kembali perjanjian sewa beli di Courts dan pembayaran pinjaman berulang di PTPTN.
Melalui #BoostGotYou, pengguna yang berbelanja RM30 secara kumulatif untuk ‘Bill Payments’ atau tambah nilai prabayar berpeluang memenangi hadiah bulanan. Pada Oktober, seramai 2,000 pemenang akan menerima 2,500 Boost Coins setiap individu. Manakala pada November dan Disember, seramai 250 pemenang akan dipilih setiap minggu untuk menerima RM50 dalam ‘Bill Payment Partner Wallet’, dan lagi 250 pemenang akan dipilih setiap minggu untuk ‘Top Up Partner Wallet’ sebanyak RM30.
Boost turut memberi pengguna insentif pulangan tunai sehingga RM700 bagi menggalakkan berbelanja di rangkaian peniaga tempatan dalam talian, melalui ‘Boost Marketplace’. Selain itu, pengguna boleh menikmati tawaran istimewa rangkaian peniaga seperti Tesco, di mana pengguna boleh menerima pulangan tunai ‘Partner Wallet’ melalui ‘Boost Mission’ atau cabutan bertuah dari perbelanjaan biasa. Pengguna juga boleh menebus ‘Partner Wallet’ dengan serendah 33 Boost Coins di rangkaian peniaga seperti Giant, Mydin, Decathlon, The Chicken Rice Shop dan Bataras (Sabah). Pulangan tunai yang diterima dan disimpan dalam ‘Partner Wallet’ setiap akan dipotong secara automatik pada lawatan seterusnya di rangkaian peniaga yang sama, memastikan tidak terlepas peluang untuk berjimat ketika berbelanja.
Buat pengguna yang masih berulang alik ke tempat kerja, kini mereka boleh mengisi minyak di stesen PETRONAS menggunakan Setel melualui Boost. Pengguna Setel baharu boleh menikmati pulangan tunai sebanyak 10%, dengan had maksimum RM5, dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30.
Selain itu, sebahagian sambutan Boost Turns 3, Boost menawarkan ganjaran lebih besar dan meriah untuk semua pengguna, dengan tawaran ‘BoostUP’ eksklusif melalui hadiah ‘Pick & Win’ dan tawaran ‘Partner Wallet’.