
Bagi pencinta muzik dan gajet trendy, peranti berjenama Beats pastinya menjadi salah satu pilihan anda. Kini model headphone Beats EP sudah tiba di pasaran Malaysia untuk anda miliki. Beats EP menawarkan kualiti audio premium yang mempunyai audio akustik yang jelas dan seimbang, tidak dilupakan keupayaannya menjadikan bunyi berfrekuensi rendah lebih padu dan jelas.
Selain kualiti bunyi yang hebat, Beats EP juga mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi. Rangka Beats EP diperbuat daripada besi, lantas memberikan peranti ini keteguhan fizikal dan ciri tahan lama. Selain itu, Beats EP juga dilengkapi alat kawalan muzik dan juga panggilan pada bahagian kabel bagi memudahkan penggunaan anda.
Anda boleh mendapatkan Beats EP pada harga RM 400 di stor jualan Beats yang sah, terdapat 4 variasi warna yang ditawarkan iaitu hitam, merah, biru dan juga putih.

