
Jenama di bawah Xiaomi yang lebih tumpu pada peranti pintar gaming, iaitu Black Shark kini sudah membuka pra-tempahan di pasaran Malaysia secara rasmi melalui DirectD.
Peranti ini terkenal dengan prestasi permainan yang mengagumkan dengan tawaran spesifikasi menarik, antaranya skrin 5.99 inci HD+, cip pemproses Snapdragon 845, RAM sebesar 8GB dan ROM sebesar 128GB, serta sokongan teknologi penyejukan berasaskan cecair dan kapasiti bateri sebesar 4,000mAh yang hadir bersama sokongan pengecasan pantas.
Walaupun ia dikatakan sebagai peranti pintar gaming, tetapi kuasa penggambarannya masih tidak boleh dipandang rendah. Kamera utama dibekal dengan dwi-lensa 12MP + 20MP, manakala kamera hadapan beresolusi 20MP.
[ 5 Telefon Gaming Terbaik 2018!!! ]
Tawaran harga bermula dari RM1,599 bagi versi 6GB RAM + 64GB ROM, sementara untuk versi 8GB RAM + 128GB ROM dijual pada harga RM1,799. Setiap pembelian Black Shark hadir sekali dengan jaminan rasmi selama satu tahun oleh pengedar sah Black Shark.
Bagi yang berminat boleh membuat pra-tempahan di laman DirectD.