
Google Daydream : Ekosistem Virtual Reality Android
Google kini mempunyai platform virtual reality mudah alih yang dikenali Daydream. Ia dibina di atas platform Android N sekali gus menolak desas desus sebelum ini bahawa Google akan bersaing dengan sistem virtual reality PC seperti HTC Vive dan Oculus Rift. Namun apa yang pasti, Daydream akan menawarkan pengalaman dan fungsi yang lebih baik berbanding fungsi Cardboard.
Berdasarkan butiran yang diberikan, nampaknya Daydream lebih bertindak sebagai tulang belakang yang akan menyokong fungsi VR di dalam ekosistem Android N. Daydream akan bertindak sebagai mod VR dan juga piawaian khas bagi smartphone yang menyokong sistem VR.
Google juga dilaporkan telah membangunkan aplikasi VR mereka sendiri yang terdiri daripada YouTube, Street View, Google Play Store, Play Movies dan juga Google Photos. Selain daripada Google, syarikat luar seperti HBO, Netflix, Ubisoft dan Electronic Arts juga turut serta dalam pembangunan sistem VR Daydream.
Nampaknya anda semua perlulah menabung mulai sekarang kerana Daydream pastinya akan menjadi sesuatu yang awesome apabila dilancarkan kelak.
Artikel-Artikel Selanjutnya:
- Kemas Kini Android N Versi Beta
- Evolusi Terbaru Selepas Google Cardboard
- Google Home : Pencabar Amazon Echo