
Pesaing Terbaru HTC Vive dan Oculus Rift Dari Google
Sidang Google I/O yang menjadi tumpuan dunia setiap kali diadakan akan berlangsung minggu hadapan, dan menurut beberapa sumber salah satu pengumuman yang bakal dilakukan Google adalah pengenalan peranti VR mereka.
Sebelum ini Google mengeluarkan Google Cardboard, sebuah peranti VR bajet, tidak seperti peranti pesaing lain seperti Gear VR dan lain-lain. Selain itu anda juga boleh mencipta Google Cardboard sendiri dengan mendapatkan pelan binaan dari Internet.
Peranti VR terbaru dari Google dikatakan bakal berfungsi tanpa anda perlu menggunakan smartphone bersamanya, ini bermakna ia lebih mudah digunakan. Apa-apa pun kita tunggu seminggu lagi untuk pengumuman rasmi dari Google.


