[TERTIRIS] : Skor Penanda Aras ASUS ROG Phone 2 Muncul Di Media Sosial

Sedia maklum, ASUS ROG Phone 2 bakal diperkasa dengan cipset Snapdragon 855+ sebagai tunjang utama. Perkara ini sekaligus menjadikan ASUS ROG Phone 2 sebagai peranti pertama yang dikuasakan oleh cipset berkenaan.

Snapdragon 855+ dibina berasaskan 7nm dan mempunyai 8 teras. Ia dikatakan menerima penambaikan ketara dari segi kepantasan di mana teras perdana dipertingkatkan kepada 2.96GHz berbanding sebelum ini. Di samping itu, GPU juga menjanjikan prestasi grafik 15% lebih baik.

Kini, ASUS ROG Phone 2 dikatakan telah muncul di platform penanda aras Geekbench. ASUS ROG Phone 2 muncul dengan kod nama ASUS_I0001DC mencatatkan skor sebanyak 3,616 mata dalam ujian satu teras – manakala multi core pula mencapai 11,103 mata. Ia juga disahkan menyokong 12GB RAM.

Maklumat tertiris sebelum ini mendedahkan ASUS ROG Phone 2 bakal dilengkapi paparan 120Hz dan reka bentuk yang seakan-akan sama dengan ASUS ROG Phone. Selain itu, ia juga didakwa bakal menampilkan sokongan pengecasan pantas 30W – memetik pensijilan 3C.

Walau bagaimanapun, maklumat tertiris masih lagi rumors dan sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 23 Julai kelak. Kekal bersama eRing untuk lebih maklumat dan info terkini.

————————————————————————————————

Artikel Berkaitan:

You might also like