[Tertiris]: ASUS ROG Phone 2 Bakal Hadir Dengan Qualcomm Snapdragon 855+?

1 berita menarik bagi peminat ROG Phone apabila ia dikhabarkan akan dihadirkan dengan Qualcomm Snapdragon 855+ bagi peranti ROG Phone 2. Jika benar, peranti ini akan menjadi yang terawal menggunakan cip pemproses ini.

Qualcomm Snapdragon 855+ yang baru sahaja dilancarkan semalam pastinya memberikan prestasi yang terbaik khususnya dari aspek grafik yang mana ia dikatakan memberikan 15% lebih baik berbanding versi sebelum ini.

ROG Phone 2 bakal diperkenalkan pada minggu hadapan iaitu 23 Julai 2019. Selain daripada cip pemproses ini, beberapa maklumat tertiris telah dikenalpasti antaranya ialah ia bakal hadir dengan sokongan pengecasan pantas 30W dan paparan skrin 120Hz.

Jadi sama – sama kita nantikan kehadirkan peranti ini.

You might also like