
IFA 2019: Sony Perkenal Xperia 5 Tampil Rekaan Elegan Dengan Spesifikasi Menakjubkan!
Bersempena dengan IFA 2019, Sony tidak melepaskan peluang memperkenalkan beberapa peranti baharu daripada mereka. Antara yang menjadi sorotan adalah Sony Xperia 5.
Peranti ini tampak eksklusif apabila direka dengan rekaan yang elegan iaitu lebar 68mm sahaja membuatkan ia mudah di bawa dan digunakan. Ia masih mengekalkan 21:9 CinemaWide yang menjadikannya 14g lebih ringan berbanding Xperia 1.
Sony Xperia 5 ini dihadirkan dengan skrin 6.1 inci Full HD+ OLED Display dan disertakan dengan sokongan HDR. Ia turut dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 855.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 12MP sensor imej dan optical image stabilisation (OIS). Turut dihadirkan Eye AF (Auto Focus) yang menggunakan algoritma Sony α yang mana ia lensa kamera boleh ditukar bagi memberikan fokus yang baik.
Pengguna boleh menukar lensa 26mm (F1.6) lensa versatil , 52mm (F2.4) telescopic lens, 16mm (F2.4) super-wide lens (35mm conversion) bagi memberikan hasil gambar yang diingini.
Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti ini.
Beli Peranti Sony Di:
______________________________
Artikel Berkaitan:
- DxOMark : Sony Xperia 1 Raih Skor Sebanyak 91 Poin
- Sony WF-1000XM3 Wireless Noise Cancelling Headphones Kini Rasmi – Harga Jualan RM949!
- Jom Meriahkan Sony Expo 2019, Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti! – Bermula Sekarang ~ 1…
- Sony Xperia 1 Ditawarkan Pada Harga RM4,299 – Sesi Pra-Tempahan Bermula 24 Ogos…

