
Hello semua! Suka cita dimaklumkan bahawa Sony Expo 2019 kini telah membuka tirainya – berlangsung dari sekarang hingga 1 September 2019 , bertempat di Centre Court, Mid Valley Megamall!
Expo ini mempromosi serta mempamerkan pelbagai produk terkini Sony. Di samping itu, pelbagai acara dan aktiviti menarik turut menanti para pengunjung. Antaranya, bersempena pelancaran Truly Wireless headphones WF-1000XM3 di Malaysia, Sony begitu dedikasi menyediakan peminat setia dengan sesi perkongsian pengalaman selama sehari yang dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2019.
Selain itu, pengunjung akan disajikan dengan pengalaman pengalaman bersama BRAVIA OLED A9G dan sistem audio wayarles Extra Bass Sony yang belum pernah dirasai sebelum ini. Pengunjung juga berpeluang bermain VR dan mengenali lebih dekat dengan barisan kamera terkini Sony termasuk Sony Alpha – sebuah kamera kompak yang premium.
Tidak terhenti di situ saja, pengunjung juga sekali lagi diberi peluang untuk melihat sendiri pelbagai produk terbaharu daripada Sony – termasuk : AIBO robotic “puppy”, Xperia 1, Dolby Atmos sound bars dan banyak lagi!
[ Sony Xperia 1 Ditawarkan Pada Harga RM4,299 – Sesi Pra-Tempahan Bermula 24 Ogos 2019! ]
Jadi, jangan lupa ramai-ramai memeriahkan Sony Expo 2019! Ajak keluarga, jiran, sahabat rakan dan taulan okay! Jumpa anda semua di sana dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini. Jangan lupa like dan komen di Facebook kami!
Berminat barangan Sony, beli di pautan berikut:
_____________________
Artikel Berkaitan:
- MWC 2019: Sony Xperia 1, Peranti Premium Rekaan Tri-Kamera 12MP Bersama Paparan 21:9
- Sony Perkenal WH-XB900N Extra Bass Headphones – Harga Jualan RM999
- Sony Perkenal HT-X8500 Soundbar Dengan Sokongan Dolby Atmos – Harga Jualan RM1,599