
Sony kini memperkenalkan satu lagi ahli baru di bawah barisan produk keluarannya iaitu HT-X8500 Soundbar. Ia didatangkan dengan sokongan teknologi Dolby Atmos dalam penambahbaikan audio bagi menyajikan kualiti bunyi lebih baik.

HT-X8500 Soundbar adalah 2.1 channel soundbar dengan dwi subwoofer yang terbina. Ia juga menyokong teknologi Dolby Atmos dan DTS: X yakni sebuah codec audio berasaskan objek yang bertujuan untuk menghasilkan bunyi pelbagai dimensi. Ia turut mempunyai sokongan eARC untuk codec audio berkualiti tinggi.
Dimensi HT-X8500 Soundbar adalah sebesar 890 x 64 x 96mm dan berat sebanyak 3.1kg. HT-X8500 Soundbar juga mempunyai lima mod bunyi (dalam satu klik) di samping fungsi bluetooth yang membolehkan ia disambung secara wayarless dengan TV Bravia.

Bagi yang berminat, HT-X8500 Soundbar ditawarkan pada harga RM1,599 dan boleh didapatkan menerusi beberapa saluran berbeza seperti Sony Stores dan pengedar sah Sony, bermula sekarang. Maklumat lanjut, layari Sony Malaysia.

