
Samsung Galaxy M21 Muncul Di Penanda Aras Geekbench – Sokong Chipset Exynos 9611 & 4GB RAM?
Samsung Galaxy M21 kini dikatakan telah muncul di penanda aras Geekbench – ia mendedahkan bahawah peranti ini bakal dukuasakan oleh chipset lebih baik berbanding Samsung Galaxy M20 yang diperkenalkan pada Januari 2019. Nampaknya, peranti ini dijangka tiba di India tidak lama lagi.

Penyenaraian mendedahkan Samsung Galaxy M21 merangkul sebanyak 348 mata untuk ujian single – core dan 1,265 mata untuk ujian multi – core. Selain itu, peranti ini mungkin dikuasaka n oleh chipset Exynos 9611 ( 1.74Ghz) dengan sokongan memori 4GB RAM. Jika diteliti, peranti ini namoaknya menggunakan chipset yang pada Samsung Galaxy M30. Memetik senarai Geekbench, Samsung bakal menguji lagi prestasi pada Samsung Galaxy M21 secara mendalam.

Terdapat khabar angin mendedahkan Samsung M21 mungkin menawarkan spesifikasi asas dengan persedian dua kamera utama – dengan gabungan lensa sebesar 24MP + 5MP. Selain itu, ia juga mungkin menyertakan pilihan storan sebesar 64GB / 128GB sebagai alternative. Ia juga dikatakan menggunakan sistem operasi Android 10 terus daripada kotak dan mungkin tersedia dalam pilihan warna menarik seperti Blue, Green dan Black.

