vivo V5s Dan V5Plus Dibawa Masuk Ke Semua Cawangan Senheng Malaysia

Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd, selaku peneraju dalam perniagaan menjual alat eletktrik dan elektronik terkemuka Malaysia mengumumkan kerjasamanya dengan vivo Malaysia dalam memasarkan telefon pintar vivo V5s, dan V5Plus.

Melalui kerjasama ini, peranti vivo kini boleh didapati di lebih 100 cawangan Senheng seluruh negara. Menariknya, untuk setiap pembelian vivo V5s atau V5Plus, pelanggan akan menerima jaminan ekstra satu (1) tahun, hadiah eksklusif, dan faedah 0% untuk pemegang mana-mana kad kredit selain, pek permulaan Senheng Mobile PAYBACK. Tawaran ini sah bermula hari ini sehingga 30 September 2017 depan.

Vivo V5Plus hadir dengan dua kamera depan 20 Megapiksel Sony IMX376 dan 8 Megapiksel yang dapat mengaburkan imej latar belakang. Ciri Selfie Softlight juga membolehkan gambar diambil denagn lebih terang walaupun cahaya sekeliling yang gelap. Manakala, kamera belakang 16 Megapiksel menjaminkan kepuasan bergambar kepada setiap pengguna.

Kerangka bodi logam ini juga dipadankan dengan paparan skrin 5.2 inci untuk vivo V5s dan 5.5 inci untuk model V5Plus. Paparan juga lebih tahan lasak dengan teknologi Corning Gorilla Glass 5. Sistem keselamatan dikuatkan lagi bersama pengimbas cap jari yang pantas di butang panel hadapan peranti.

Bagi melengkapkan peranti ini, vivo V5Plus menerima RAM sebanyak 4GB dan ROM seluas 64GB. Pemproses Qualcomm Snapdragon 625 membekalkan kuasa pada peranti ini bersama sistem UI Funtouch OS 3.0.

Anda juga boleh membuat pembelian melalui atas talian atau luangkan masa melayari Facebook Senheng untuk mendapatkan hadiah giveaway sehingga 30 September ini.

You might also like