
Heyyo! Sekian lama menunggu, Realme Malaysia akhirnya memperkenalkan dua pewaris baru mereka iaitu Realme 5 dan Realme 5 Pro untuk pasaran Malaysia. Realme nampaknya meletakkan satu penanda aras baru untuk model kali ini dengan sesuatu yang luar biasa untuk diharapkan.
Realme 5
Realme 5 membawakan paparan bersaiz 6.5″ dengan resolusi HD+ dan nisbah skrin ke badan sebanyak 89%. Paparan hadapan peranti menggunakan Corning Gorilla Glass 3+ sebagai pelindung utama.
Untuk spesifikasi, Realme 5 dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 665 AIE (11nm) dan dibantu memori hingga 4GB RAM serta ROM 128GB. Menariknya lagi, memori ini boleh dikembangkan sehingga 256GB.
Untuk kamera, peranti ini membawakan persediaan empat kamera utama dengan gabungan lensa 12MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan sebesar 13MP. Menariknya, kamera peranti ini menyokong sejumlah ciri penggambaran menarik termasuk Nightscape mode, ChromaBoost dan banyak lagi. Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 5,000mAh.
Realme 5 Pro
Lebih hebat dan mantap! Nampak sama tapi bukan dia. Realme 5 Pro membawakan skrin bersaiz 6.3″ dengan resolusi FHD+ dan nisbah skrin ke kerangka sebanyak 90.8%. Paparan hadapan juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3+.
Enjin dalaman dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE (10nm) dan memori disertakan 8GB RAM serta 128GB ROM.
Melengkapi peranti adalah persediaan 4 kamera utama dengan lensa 48MP Sony IMX586 + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera selfie sebesar 16MP Sony IMX471.
Kamera ini juga diselitkan dengan sejumlah ciri menarik termasuk Ultra 48MP mode, Nightscape mode, ChromaBoost dan banyak lagi. Bateri adalah sebesar 4,035mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.
Harga & Ketersediaan
- Realme 5 (4GB + 64GB) – RM599, Warna Crystal Blue & Crystal Purple
- Realme 5 (4GB + 128GB) – RM799, Warna Crystal Blue & Crystal Purple
- Realme 5 Pro (8GB + 128GB) – RM1,099, Warna Crystal Green & Sparkling Blue

Pra-tempahan bagi Realme 5 Pro dibuka mulai hari ini hingga 11 Oktober, tawaran menarik termasuk hadiah eksklusif bernilai RM200, instant rebate RM100 serta cabutan bertuah untuk memenangi Realme 5 Pro.
Jualan pertama bagi Realme 5 Pro akan bermula pada 10 Oktober, 10 pagi; sementara Realme 5 akan bermula pada 17 Oktober, 10 pagi. Anda juga boleh membeli melalui rakan e-dagang eksklusif Lazada.




