
“Grab sudah ada di bandar-bandar utama apabila perkhidmatan MyTeksi kami diperkenalkan, oleh itu GrabCar bertujuan untuk melengkapkan perkhidmatan pengangkutan dengan menawarkan pilihan alternatif yang mudah dan mampu milik di lokasi-lokasi pelancongan yang padat dengan penduduk di mana jumlah kenderaan, lalu lintas dan tempat letak kenderaan adalah satu isu yang serius,” kata Jaygan Fu (Country Head of Grab Malaysia).
Fu turut menambah bahawa Melaka dan Kota Kinabalu telah menarik sejumlah besar pelancong antarabangsa dan pengunjung tempatan setiap tahun. Melaka, adalah Bandaraya Warisan Dunia UNESCO yang disahkan, ia terkenal dengan nilai tradisional dan budaya, manakala Kota Kinabalu adalah pusat kepada beberapa pantai terbaik alam semula jadi dan air terjun di Malaysia. Tambahan pula, peluang ekonomi yang ditawarkan di kedua-dua lokasi ini menyebabkan permintaan kenderaan awam sangat tinggi, dan ini adalah pintu terbaik bagi Grab untuk memasuki pasaran kawasan tersebut.
Bagi pengunjung yang ingin ke Kota Kinabalu atau Melaka, anda sudah boleh mula menggunakan servis GrabCar yang menawarkan harga yang berpatutan dan servis pengguna yang baik. Bayaran bagi perkhidmatan GrabCar adalah melalui wang tunai atau kad kredit/debit.
Di samping membuka servis di kawasan baru, Grab juga mengumumkan promosi istimewa bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke-59. Melalui promosi Grab Merdeka59 yang berlangsung dari 25 hingga 31 Ogos, pengguna GrabCar dapat menikmati potongan RM 5 bagi 9 trip yang dinaiki apabila membayar menggunakan kad kredit/debit.
Untuk menikmati promosi Merdeka59, anda perlu :-

