
Apa Kata Pakar Berkenaan Keselamatan Aplikasi Pokemon Go
Fortinet, nama besar dalam penyelesaian keselamatan siber berprestasi tinggi, mengeluarkan amaran kepada pemain-pemain supaya berwaspada sebelum memuat turun aplikasi permainan popular seperti aplikasi Pokémon Go daripada sumber yang tidak dikenali.

“Sebelum pelancaran rasmi Pokémon Go di rantau asia, sesetengah pemain yang tidak sabar mungkin telah memuat turun permainan aplikasi realiti menerusi laman web pihak ketiga yang tidak terjamin dan platform media sosial,” kata Axelle Apvrille, Penyelidik Kanan Antivirus Mudah Alih di Fortinet.
“Seperti kebanyakan aplikasi sekarang, Pokémon Go (atau aplikasi pihak ketiga yang digunakannya) mendedahkan privasi anda dan membolehkan rangkaian trafik yang tidak diingini. Dengan peningkatan penggunaan Pokémon Go, pengarang-pengarang malware dijangka akan terus mempakejkan semula permainan dengan pelbagai jenis malware dan mengedarkannya dalam pelbagai platform saluran Android dan iOS.”
Menurut Fortinet, pemain permainan peranti mudah alih yang tegar harus berwaspada dan memahami bahawa adanya dua jenis aplikasi Pokémon Go.
- Versi Rasmi
Dikeluarkan oleh pemaju asal Niantic, aplikasi ini secara umumnya mengandungi malware. - Versi-versi yang Digodam
Dikeluarkan oleh pemaju pihak ketiga, sering dikenali sebagai “mods”, aplikasi-aplikasi ini berkemungkinan ditanam dengan malware. Salah satu versi yang dikenal pasti oleh Makmal FortiGuard Fortinet sejak tahun 2015 telah dicemari dengan DroidJack RAT (Remote Access Tools). Bagi peranti yang dijangkiti, pada permukaan beroperasi seperti biasa, tetapi malware menyerang dengan senyap di latar belakang sewaktu telefon pintar dihidupkan (walaupun dalam mod tidur).
Walaubagaimanapun, bukan semua versi yang digodam berniat jahat. Fortinet telah memeriksa versi yang digodam pada Android 4.0 (keperluan minimum biasanya 4.4), atau mengubahsuai koordinat GPS, yang menunjukkan ketiadaan niat jahat.
Makmal FortiGuard Fortinet juga telah menyenaraikan beberapa risiko utama sebelum memuat turun Pokémon Go.
Risiko #1 – Pemasangan Versi yang telah Dijangkiti
Berwaspada dengan versi yang dijangkiti seperti Android/SandrC.tr, yang digelar DroidJack RAT. Lebih daripada 8,800 telah dikesan dalam satu tahun dengan 160 dikesan pada bulan lepas sahaja.
Risiko #2 – Akses Penuh kepada Maklumat Akaun Google
Walaupun Niantic sudah membaiki kesilapan akses penuh ke akaun Google, pengguna dinasihatkan untuk menghapuskan kebenaran dari akaun dan menaik taraf aplikasi Pokémon Go ke versi rasmi terkini.
Risiko #3 – Trafik Rangkaian yang tidak diingini
Kebanyakan aplikasi Android digabungkan dengan kit pihak ketiga (seperti analisis, laporan crash, platform enjin bersilang dll) yang akan menelan jalur lebar dengan penghantaran dan penerimaan maklumat sampingan seperti dalam kes terbaik, model telefon pintar anda yang tepat, atau yang paling teruk, maklumat peribadi seperti nombor telefon anda dan data peribadi lain. Pokémon Go ialah salah satu aplikasi yang mendahagakan lebar jalur.
Risiko #4 – Peta Pokémon atau Aktiviti Palsu
Untuk mengelak serangan siber dalam permainan, Niantic telah memperkenalkan certificate pinning dalam versi 0.31.0 dan ke atas, yang memastikan aplikasi-aplikasi bertukar maklumat dengan server Pokémon yang sebenar dan bukannya dengan yang lain serta berkomunikasi melalui HTTPS.
Untuk versi sebelum 0.31.0, terdapat kekurangan certificate pinning dan penggodam sempat melakukan serangan Man-In-The-Middle (MITM) dan mengubahsuai permainan mangsa. Seorang penggodam yang berniat jahat boleh mengubah penyesuaian lain dengan mudah, sebagai contoh, memaparkan pautan yang dijangkiti dalam pokestop, atau menanam jangkitan secara langsung kepada trafik.
Walaupun serangan sedemikian mungkin boleh dilaksanakan, ianya sangat rumit dan serangan hanya boleh beroperasi dalam rangkaian di mana proksi MITM Pokémon Go telah ditetapkan.
Nasihat daripada kami pula, janganlah menggunakan cheat untuk bermain permainan ini, terutamanya teknik location spoofing dan juga bot, bukan sahaja teknik ini membunuh keseronokan permainan, malah ia tidak adil kepada pemain lain dan berkemungkinan besar akaun anda akan disekat.


