- Iklan -

Reviu Eksklusif: Adakah Berbaloi Samsung Galaxy A12 Dibeli? Jom Try Tengok!!

Ramai yang pasti tertanya-tanya adakah berbaloi jika kita ingin membeli peranti terbaharu daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy A12?? Bagi menjawab soalan tersebut, jom kita baca artikel ini sampai habis!!! Berbaloi or tak!!

Rekaan Keseluruhan!!

Jika dilihat rekaan peranti ini sahaja, mungkin anda berpendapat ia seperti biasa sahaja. Namun jika anda lihat dengan secara terperinci, ia sebenarnya hadir dengan rekaan yang sangat aesthetics.

Perincian pada panel belakang memperlihatkan corak yang simple tetapi memberikan rasa yang lebih selesa ketika dipegang. Jadi tiada masalah untuk anda bermain game atau hanya memegang peranti ini, ia pasti sangat asyik!!

Jom kita lihat rekaa sepenuhnya!

Paparan Luas Untuk Kepuasan Penonton!

Bagi yang tidak mengetahui, peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.5″ HD+ Infinity-V Display. Jika anda dapat lihat, peranti ini hadir dengan bezel yang sangat nipis yang bertujuan memberikan paparan yang lebih luas!!

Dari aspek warna yang terhasil pula, bagi pandangan admin, ia memberikan warna yang jitu bagi kelasnya. Warna yang terhasil sangat baik dan vibrant. Boleh dikatakan warna yang terhasil adalah hampir tempat. Ketika anda menonton pada jangka waktu yang lama juga tidak ada masalah kerana mata anda akan selesa ketika menonton paparan peranti ini.

Kuasa Dalaman Yang Baik!

Peranti ini hadir dengan pemproses Octa-Core yang berkuasa dan dipadankan dengan RAM sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB. Sepanjang menggunakan peranti ini, kami merasakah ia sangat lancar tanpa ada sebarang gangguan. Tidak ada sebarang lag ketika menggunakannya walaupun ketika sedang bermain game.

Jadi kami menjalankan ujian ke atas peranti ini menggunakan Geekbench 5. Hasil dapatan daripada ujian ini memperlihatkan ia berada pada prestasi yang baik. Jadi penggunaannya sangat efisen.

Kamera Memang Onz!!

Jika kita melihat dari aspek kamera pula, ini yang paling mengujakan kerana ia nyata antara sorotan bagi peranti ini. Peranti ini hadir dengan 48MP + 5MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan pastinya menjanjikan keupayaan yang sangat baik.

Lensa utama kamera ini menjanjikan hasil gambar dengan perincian yang lebih baik bagi kelasnya. Warna yang terhasil juga adalah sangat baik.

Lensa Ultra Wide juga baik apabila ia mampu memberikan sudut pandang sehingga 123 darjah yang memberikan perspektif yang lebih menarik ketika mengambil gambar.

Penghasilkan bokeh juga dilihat sangat baik dan tidak “fake” seperti sesetengah telefon di pasaran pada ketika ini. Dan apa yang lebih penting, kamera swafotonya adalah sangat baik dan memberikan imej yang lebih mempersona.

Jom kita lihat hasil gambar peranti ini!!

Apa Kata Editor!

Secara keseluruhannya, peranti ini boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki bagi mereka yang mempunyai kekangan bajet. Dengan keupayaan yang dipamerkan, pastinya ia berbaloi untuk dimiliki kerana ia seperti anda memiliki peranti mahal gittew!!!

You might also like