
GoPayz, e-dompet universal yang dibangunkan oleh U Mobile, meraikan sambutan perayaan Tahun Baru Cina (CNY) kali ini dengan kempen ‘Fu Dao’ (福到, yang bermaksud “keberuntungan telah tiba”). Sebagai sebahagian daripada kempen, semua pengguna yang mengirim e-angpow kepada ahli keluarga dan rakan menggunakan fungsi pembiayaan antara rakan setara (P2P) di aplikasi GoPayz berpeluang memenangi langganan 1 tahun percuma perlindungan insurans kemalangan diri GoInsure, RM18 kredit GoPayz, atau kedua-duanya!

Pengguna hanya perlu mengirim e-angpow dalam apa jua nilai melalui fungsi pemindahan GoPayz P2P antara 25 Januari hingga 28 Februari 2021 untuk layak memenangi hadiah tersedia.
Cara-caranya adalah seperti berikut:

Langkah 1: Klik pada ikon ‘Kirim Wang’ di laman utama aplikasi. Harap maklum bahawa Pengirim dan Penerima haruslah merupakan pengguna Akaun Dompet Premium GoPayz untuk menikmati fungsi ini.
Langkah 2: Masukkan jumlah dan tujuan pemindahan.
Langkah 3: Pilih penerima dari senarai kenalan atau masukkan nombor telefon bimbit pengguna GoPayz.
Langkah 4: Masukkan GoPin untuk mengesahkan pemindahan dan menerima notifikasi pemberitahuan setelah transaksi berjaya. Pengguna boleh mengirim wang seberapa banyak kali yang mereka ingin bagi meningkatkan peluang untuk menang, namun hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang kempen ini.
Para pemenang akan dipilih melalui dua pusingan – pertama, pada 17 Februari 2021 dan kedua pada 9 Mac 2021. Seramai 25 pemenang akan dipilih dalam setiap pusingan untuk menerima langganan 1 tahun percuma perlindungan GoInsure dan RM18 kredit GoPayz, manakala 75 pemenang akan hanya menerima RM18 kredit GoPayz. Secara keseluruhan, 200 pemenang akan diberi ganjaran dalam dua pusingan pemilihan. Pemenang boleh membelanjakan kredit GoPayz di mana sahaja Mastercard, Visa dan UnionPay diterima atau mengeluarkan kredit tersebut sebagai wang tunai di mesin ATM!
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Fu Dao’ termasuk Terma & Syarat, layari https://gopayz.com.my/GoPayz-AbundanceOfHappiness
Aplikasi GoPayz tersedia di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery, pautan muat turun seperti berikut:
Apple App Store & Google Play Store: https://bit.ly/GoPayz
Huawei App Gallery: https://bit.ly/GoPayzHW