
Kini, telefon mudah alih telah menjadi suatu keperluan yang tidak lagi dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian kita; daripada aktiviti bersantai mingguan di kafe bersama rakan atau aktiviti ziarah keluarga bulanan, kita kini mampu berhubung menerusi panggilan video; daripada membeli-belah di pusat beli-belah, kita kini membeli-belah dalam talian sambil menambah nilai wang di dalam e-dompet. Kita sentiasa mengikuti perkembangan (demi keperluan jika bukan kehendak) teknologi memandangkan ia telah menjadi semakin akrab dengan setiap aspek kehidupan harian kita.

Mujurlah, peranti masa kini yang mesra belanjawan mampu menawarkan prestasi luar biasa, paparan imersif besar, sistem kamera yang canggih, bateri berkapasiti besar dengan Pengecasan Pantas dan slot kad SD yang mempunyai kemampuan peningkatan storan yang besar. Telefon pintar peringkat pertengahan Samsung memberi semua pengguna peluang untuk memiliki teknologi mudah alih yang canggih pada harga yang mampu milik. Dengan pelbagai pilihan yang tersedia dan spesifikasi untuk dibandingankan, berikut merupakan dua ciri penting yang harus anda kenalpasti – iaitu memori dan simpanan.
Tingkatkan produktiviti anda
Kelajuan telefon pintar mampu membawakan perbezaan antara hari yang baik dan hari yang mengecewakan. Oleh itu, pilihlah telefon pintar yang menawarkan kuasa pemprosesan yang secukupnya untuk memenuhi keperluan harian anda. RAM yang mencukupi boleh melakukan tugas berbilang dengan lebih teratur dan lancar beralih antara pelbagai aplikasi dengan cepat, bekerja dengan lebih cekap atau bermain permainan yang terkini. Hasilnya, LEBIH BANYAK perkara dapat diselesaikan dalam masa yang SINGKAT.
Lebih ruang untuk kegembiraan
Menerima makluman bahawa storan dalaman telefon anda telah penuh dan tidak dapat memuat turun fail yang penting pastinya mengecewakan. Daripada sentiasa perlu mengosongkan ruang pada peranti anda, gunakanlah telefon pintar yang menawarkan ruang storan yang cukup besar supaya anda dapat memuat turun lebih banyak fail dan mengurangkan pemadaman kandungan kegemaran anda. Jika anda merasakan bahawa anda mungkin memerlukan storan yang lebih BESAR, pastikan telefon pintar anda mempunyai pilihan untuk mempertingkatkan storan yang sedia ada dengan kad microSD.
Tidak dapat disangkal lagi, Samsung siri A menawarkan Skrin yang Awesome, Kamera yang Awesome, Hayat Bateri yang Tahan Lama
. Peranti Galaxy A12 dan Galaxy A02s turut menampilkan ciri pemproses Octa-Core canggih sehingga RAM 6GB (storan dalaman 128GB) dan RAM 4GB (storan dalaman 64GB) masing-masing yang boleh memberi prestasi cekap dan pantas dalam apa yang anda lakukan. Tambahan lagi, kedua-dua peranti ini membolehkan sokongan microSD sehingga 1TB untuk mengabadikan dan menyimpan semua kandungan kegemaran anda. Semua itu dapat anda peroleh dengan harga runcit disyorkan sebanyak RM799 untuk Galaxy A12 dan RM529 untuk Galaxy A02s – memang ohsem!
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A12 dan Galaxy A02s, sila layari:
Galaxy A12: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a12-blue-128gb-sm-a125fzbjxme/
Galaxy A02s: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a02s-blue-64gb-sm-a025fzbfxme/