Aplikasi WhatsApp Rasmi Untuk Windows Dan Mac OS X

7.1Sebelum ini eRing ada memaparkan berita bertajuk Nantikan Kemunculan Aplikasi WhatsApp Versi Desktop, kini WhatsApp untuk Windows secara rasminya telah melancarkan aplikasi mesej mereka untuk platform Windows dan Mac OS.

Untuk menggunkan perisisan ini anda perlu memiliki Windows 8 dan ke atas, sekiranya anda pengguna Mac OS X, ia haruslah pada versi 10.9 dan ke atas.

7.2Anda masih perlu mengimbas kod QR dengan smartphone untuk menggunakan aplikasi ini, agak mengecewakan kerana sepatutnya ia lebih mudah diakses berbanding WhatsApp versi web. Aplikasi ini menawarkan fungsi yang hampir sama dengan versi web, cuma kelebihannya adalah ia terus dilancarkan ketika anda menghidupkan komputer selain sokongan kekunci shortcuts.

Laman rasmi: https://www.whatsapp.com/download/

You might also like