- Iklan -

iPad Cover Dengan Fungsi Skrin Sendiri?

6.2Apple mempunyai rekod yang sangat baik dalam penghasilan peranti, namun perkara yang sama tidak berlaku dalam penghasilan gajet dan aksesori. Masih ingat casing dengan bateri mereka? Ramai pengguna menghentam Apple kerana menghasilkan sesuatu yang hodoh, seolah-olah pereka mereka tidak meletakkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam penghasilan produk tersebut.

Semua itu mungkin bakal berubah tidak lama lagi, beberapa gambar paten sudah muncul di laman web yang menunjukkan iPad Cover dengan fungsi skrin sendiri. Berdasarkan gambar tersebut, ia masih mengekalkan reka bentuk minimal iPAd Cover yang lama namun diintegrasikan dengan paparan asing. Fungsi ini dilihat sangat berguna bagi mereka yang bekerja dengan fail-fail media seperti pelukis dan artis grafik. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sama ada konsep ini akan menjadi realiti!

You might also like