Lenovo Tawar Perkhidmatan Jaminan Komputer Premium Pada Harga Tidak Masuk Akal!

Lenovo Malaysia hari ini memperkenalkan perkhidmatan Lenovo PremiumCare kepada para pelanggannya. Kini, pengguna komputer Lenovo boleh mendapatkan sokongan teknikal untuk sebarang isu perkakasan dan perisian komputer yang dimiliki pada bila-bila masa 24/7.

Bermula dari 01 Mei 2018 sehingga 15 Julai 2018 (30 Jun 2018), pelanggan yang membeli komputer riba Lenovo terpilih di dalam stor layak untuk menaik taraf daripada jaminan standard mereka kepada Lenovo PremiumCare. Terdapat dua jenis pilihan jaminan seperti di bawah:

• Menaik taraf setahun untuk jaminan Lenovo PremiumCare pada harga RM19.90, yang pada asalnya berharga RM249.00.
• Menaik taraf dua tahun untuk jaminan Lenovo PremiumCare pada harga RM49.90, yang pada asalnya berharga RM379.00.

Lenovo PremiumCare membolehkan pelanggan membuat panggilan aduan mengenai kerosakan komputer terus melalui telefon. Kakitangan khidmat pelanggan seterusnya akan memberi tunjuk ajar kepada pelanggan bagaimana untuk menyelesaikan isu pada komputer dengan secepat mungkin.

Apa-apa sahaja mengenai komputer meliputi pelayar internet, menginstal perisian dan operasi komputer termasuk kemas kini boleh mendapatkan bantuan daripada kakitangan khidmat pelanggan PremiumCare tidak kira hari, di mana ia dibuka tujuh hari seminggu bermula pada pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Selain itu, setiap pelanggan yang membeli Lenovo PremiumCare juga akan menerima servis ‘Semakan Kesihatan PC’ setiap tahun. Semakan ini sekaligus dapat mengenal pasti tahap prestasi komputer serta pengoptimum operasi komputer.

Untuk informasi lanjut berkenaan Lenovo PremiumCare, anda boleh melayari Lenovo Malaysia.

 

You might also like