
Kepada yang berminat untuk memiliki salah satu daripada dua model swafoto ini, tetapi tidak tahu model mana yang harus dipilih, jangan risau kerana kami sedia membantu anda. Bagi membolehkan pengguna melihat dengan lebih dekat, kami telah membuat perbandingan di antara OPPO F7 dan vivo V9 yang menjadi bualan hangat pada hari ini.
Baca Juga:
- Reviu Eksklusif: OPPO F7, Kamera Swafoto AI 25MP + AR Stickers, Pakar Selfie Anda!
- Hands-on!! OPPO F7, Peranti Berskrin Penuh 6.23 Inci Dengan Nisbah 19:9
- Reviu Eksklusif: vivo V9, Dwi Kamera Lakar Sejarah!
- Reviu Eksklusif: Jalan-Jalan Bersama vivo V9 Di Putrajaya!
Ditawarkan pada harga RM1,399, kedua-duanya mempertaruhkan penggambaran swafoto beresolusi tinggi. Apa lagi keistimewaan dan perbezaan kedua-dua model ini? Mari lihat perbandingan yang disediakan!
POINT 1 : PAKEJ PEMBELIAN
Ulasan: Kedua-dua telefon pintar ini menawarkan pakej pembelian yang sama, yang mana di dalam kotak pembungkusan terdapat telefon pintar, sarung pelindung, buku panduan, earphone, adapter pengecas, kabel USB 2.0 dan juga pin ejektor.
POINT 2 : PERBANDINGAN SPESIFIKASI & HARGA
POINT 3 : PENGGAMBARAN
Lensa Utama
Kepada yang masih berkira-kira untuk mendapatkan salah satu model yang dipertandingan ini, mari kita lihat fungsi penggambaran yang ada pada kedua-dua telefon pintar ini.

OPPO F7 hadir dengan lensa beresolusi 16 Megapiksel yang didatangkan bersama LED flash serta beberapa ciri-ciri menarik.

Berbeza dengan vivo V9 yang mempertaruhkan dwi-kamera beresolusi 16 Megapiksel + 5 Megapiksel bersama LED flash. Anda boleh melihat hasil gambar yang diambil oleh kami sebagai perbandingan.
Kamera Swafoto
OPPO F7 telah menawarkan lensa lebih tinggi iaitu 25 Megapiksel berbanding 24 Megapiksel pada vivo V9.


Apa yang menariknya, kedua-dua telefon pintar ini hadir dengan sokongan ciri baru yang diberi nama AI Beauty serta AR Sticker.

Pada pandangan kami, vivo V9 menawarkan AR Stickers yang lebih pelbagai berbanding OPPO F5.
POINT 4 : UJIAN BENCHMARK
Walaupun kedua-dua peranti ini memfokuskan kepada pengguna yang gemar berswafoto, tetapi ia masih dibekalkan dengan pemproses berkuasa.
Bagi yang mementingkan prestasi ketika membeli telefon pintar, apa kata anda lihat dahulu ujian benchmark yang dijalankan sendiri oleh kami sebagai panduan memilih peranti mana yang terbaik!




POINT 5 : UJIAN KETAHANAN BATERI
Spesifikasi Bateri OPPO F7
- Li-Po 3300mAh
- Power Saving
- Energy Saver
Spesifikasi Bateri vivo V9
- Li-Po 3260mAh
- Super Power Saving
Sebagaimana model kelas pertengahan yang ada di pasaran, kedua-dua peranti ini telah didatangkan dengan adapter pengecas yang menyokong output 5V2A. Sungguhpun begitu, anda sebenarnya boleh mendapatkan pengecasan yang lebih pantas dengan menggunakan adapter pengecas yang menyokong teknologi Quick Charge 3.0.

Bagi membantu anda melihat sendiri perbezaan masa mengecas yang diambil, kami telah menjalankan proses mengecas penuh menggunakan dua adapter pengecas dengan sokongan output berbeza seperti berikut:
Masa mengecas penuh bateri dari 5% hingga 100%


POINT 6 : HASIL GAMBAR
LENSA UTAMA








LENSA SWAFOTO





KOMEN EDITOR
Sepanjang kami menggunakan OPPO F7 dan vivo V9, kami mendapati kedua-dua peranti ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun ditawarkan pada harga yang sama, tidak keterlaluan jika kami memilih OPPO F7 sebagai juara dalam pertempuran ini selepas melakukan beberapa ujian keatasnya. Selain hasil gambar yang berjaya menambat hati kami, OPPO F7 juga menawarkan prestasi dan bateri yang lebih baik berbanding vivo V9.
Namun begitu, dari segi rekaan pula kami memilih vivo V9 kerana tampil dengan rekaan nipis yang lebih selesa dipegang walaupun paparannya lebih besar berbanding OPPO F7. Satu lagi kelebihan vivo V9 adalah pada AR Sticker. Jika anda gemar menggunakan fungsi ini, vivo V9 menawarkan lebih banyak pelekat yang menyeronokkan!
Apa-apa pun, kedua-dua peranti ini memang ada kelebihan diri sendiri. Jadi, pandai-pandai lah pilih ikut kesukaan ya~~


