Jadilah Orang Terawal Menggunakan Huawei P20 Pro Versi Twilight – Terhad Untuk 500 Unit Sahaja!

Kepada yang berminat untuk membeli Huawei P20 Pro dengan warna Twilight, inilah masanya! Jadilah di antara orang terawal yang menggunakan Huawei P20 Pro Twilight di Malaysia.

Huawei Malaysia hari ini telah berkongsi berita yang mana akan menawarkan P20 Pro dengan warna Twilight sebanyak 500 unit sahaja yang akan dijual pada sebelum pelancaran rasminya pada 4 Mei 2018.

Seperti yang kita tahu, Huawei P20 Pro versi Twilight akan dilancarkan pada 4 Mei 2018, pada pukul 6 petang bertempat di Huawei Flagship Store, Pavillion Elite. Namun begitu, telefon pintar ini hanya boleh dimiliki bermula 4 Jun 2018 di seluruh negara.

Huawei P20 Pro hadir dengan skrin FullView Display 18:7:9 bersaiz 6.1 inci OLED beresolusi 2240 x 1080 piksel. Kelebihan peranti ini adalah menyokong tiga kamera utama dengan teknologi Leica pertama di dunia serta bateri sebesar 4,000mAh berteknologi SuperCharge 4.5V/5A.

You might also like