ASUS ROG Mothership, ROG Glacier Blue & ROG Huracan G21 Tiba Di Malaysia – Harga Bermula RM3,899

1441
- Iklan -

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan kemaskini terbaru untuk produk gaming keluaran mereka bagi Q3 2019 dan seterusnya. Barisan baharu ini diikuti dengan pengenalan ROG Mothership GZ700GX, ROG Huracan G21 dan tambahan warna baharu, Glacier Blue untuk model Zephyrus S GX502 serta Strix G G531.

ROG Mothership GZ700GX

ROG Mothership GZ700GX boleh menjadi pengganti desktop masa hadapan. Tampil cukup berbeza dengan yang lain, ROG Mothership GZ700GX merupakan peranti gabungan laptop dan komputer terbina dalam satu – boleh didirikan bertujuan memberikan sistem penyejukan akses tanpa had kepada aliran udara. Keyboard juga boleh dipisahkan daripada ‘body’ dan dilipat bagi menjimatkan ruang.

Selain itu, ia juga boleh disambungkan secara berwayar atau tidak mengikut situasi. ROG Mothership GZ700GX didatangkan dengan GeForce RTX 2080 dan dilengkapi memori 6GB DDR4. Untuk paparan, ia hadir dengan 17.3 inci FHD (1920 x 1080) dengan kadar segar semula 144Hz. Lebih menarik, enjin dalam dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9.

SPESIFIKASI ROG MOTHERSHIP

  • Model: ROG Mothership GZ700GX
  • Pemproses: Intel Core i9-9980HK
  • Memori: 6GB DDR4
  • Storan: PCIE G3x4 NVME 512GB M.2 SSD
  • Skrin paparan: 17.3″ FHD/ IPS Panel/ 144hz/ 3ms/ Anti-glare/ Gsync
  • Kad grafik: NVIDIA GeForce RTX2080
  • Sistem operasi: Windows 10
  • Harga: RM26,999
  • Ketersediaan: Pertengahan Julai

 

ROG Huracan G21

Bagi memastikan prestasi permainan terbaik, ROG Huracan G21 dikuasai oleh pemproses Intel Core i9 generasi ke-9 dan grafik NVIDIA GeForce RTX 2080, 8GB. Ia juga dilengkapi storan sehingga 512GB M.2 NVMe PCIe® 3.0 x4 SSD dan 2TB HDD; HDD 2TB. Selain itu, teknologi Intel Optane turut tersedia – membolehkan prestasi seperti SSD dari HDD besar, mempercepatkan prestasi sistem secara keseluruhan.

SPESIFIKASI ROG Huracan G21 G21C-XMY003T

  • Pemproses: Intel Core i9-9900K
  • Memori: 16GB DDR4
  • Storan: PCIEG3x4 NVME 512G M.2 SSD
  • Kad grafik: NVIDIA GeForce RTX 2080, 8GB
  • Harga: RM11,999
  • Ketersediaan: Ogos

SPESIFIKASI ROG Huracan G21C-NDMY003T

  • Pemproses: Intel® Core™ i5-9400
  • Memori: 16GB DDR4
  • Storan: PCIEG3x4 NVME 256G M.2 SSD
  • Kad grafik: NVIDIA GeForce RTX 2080, 8GB
  • Harga: RM6,299
  • Ketersediaan: Ogos

 

Tambahan Warna Baharu Zephyrus S GX502 & Strix G G531 – Glacier Blue

Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, ASUS kini memperkenalkan tambahan warna baharu untuk model Zephyrus S GX502 & Strix G G531 iaitu Glacier Blue.

Warna baharu ini diilhamkan daripada keindahan musim sejuk sekaligus dilihat sebagai warna menenangkan. Dihiasi kilauan perak menjadikan penampilannya lebih sempurna.

SPESIFIKASI ROG Zephrus S GX502G-WAZ074T

  • Pemproses: Intel Core i7-9750H
  • Memori: 16GB DDR4 2666Mhz*1 (On Board)
  • Storan: PCIE NVME 512GB M.2 SSD
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX2070
  • Paparan Skrin: 15.6″ FHD/ IPS Panel/ 120hz/ 25ms/ Anti-glare
  • Sistem operasi: Windows 10 Home
  • Harga: RM8,899
  • Ketersediaan: Penghujung Ogos

SPESIFIKASI ROG Strix G G531G-TAL236T

  • Pemproses: Intel Core i5-9300H
  • Memori: 4GB DDR4 2666Mhz*1
  • Storan: PCIE NVME 512GB M.2 SSD
  • Kad grafik: NVIDIA GeForce GTX1650
  • Paparan Skrin: 15.6″ FHD/ IPS Panel/ 240hz/ 3ms/ Anti-glare/ Gsync
  • Sistem operasi: Windows 10 Home
  • Harga: RM3,899
  • Ketersediaan: Penghujung Ogos