Tak Perlu Stress! Cari Parking Dengan ParkEasy!

1Mencari ruang kosong parking kereta memang sesuatu yang sangat menekan perasaan, pada kebiasaanya hujung minggu merupakan waktu yang paling tidak digemari untuk keluar membeli belah dan melepak di pusat membeli belah. Kadang-kadang berpusing sehingga sejam lebih semata-mata hanya untuk mencari ruang parking, namun kini tugas tersebut lebih mudah dengan pengenalan aplikasi ParkEasy.ParkEasy

Aplikasi ini pada mulanya hanya diperkenalkan buat pengunjung Sunway Pyramid, namun kemas kini terbaru telah memasukkan Midvalley sebagai lokasi sokongan terbaru. Melalui ParkEasy, anda boleh menempah ruang parking dengan pantas, ia menggunakan sistem padanan pengunjung yang mahu keluar dan masuk ke ruang parking. 2

Apabila terdapat ruang parking, anda boleh terus menempah ruang tersebut dan nombor kenderaan anda akan terpampang di papan LED ruang parking tersebut sebagai tanda anda telah menempah ruang tersebut.

Aplikasi ParkEasy juga akan membantu anda mencari ruang yang telah ditempah kerana ia dilengkapi fungsi navigasi. Terdapat caj yang dikenakan kepada pengguna ParkEasy, RM3 akan dikenakan setiap kali anda menempah ruang parking dan anda boleh menempah seawal dua hari sebelum anda mengunjungi Midvalley atau Sunway Pyramid.

MUAT TURUN
You might also like