Moto Mods Hasselblad True Zoom, Sokongan Optikal Zoom Sehingga 10x

null
null

Selain smartphone, Lenovo tidak ketinggalan untuk memperkenalkan aksesori khas bagi model Moto Z Play. Hasil kerjasama dengan Hasselblad, nama besar dalam bidang fotografi, maka terhasilnya Moto Mods Hasselblad True Zoom.

Moto-Z-Hasselblad-True-Zoom_ScreenIa menampilkan rekaan yang selesa digunakan, sama seperti yang kamera profesional Hasselblad. Kehadiran sensor beresolusi 13 Megapixel telah dipadankan dengan optikal zoom sehingga 10x. Selain itu, Moto Mods Hasselblad True Zoom turut disediakan dengan sebuah flash Xenon untuk pencahayaan yang lebih terang berbanding flash LED yang tersedia pada telefon pintar biasa.

Lenovo-Hasselblad-True-Zoom-Lens-Moto-Mod-1Aksesori ini juga mampu merakam gambar menggunakan format RAW serta disediakan sekali dengan suntingan gambar Phocus yang dihasilkan oleh Hasselblad. Namun sedikit mengecewakan kerana Hasselblad True Zoom hanya boleh membuat rakaman video HD 1080p sahaja dan dijual pada harga yang agak tinggi, iaitu € 299 (kira-kira RM 1,360).

You might also like