
Sony Perkenalkan Xperia XZ, Pertaruhkan Penggambaran Hebat!
Pada pameran IFA 2016 yang sedang hangat berlangsung, Sony kembali dengan siri Xperia terbaru mereka iaitu Xperia XZ. Peranti flagship ini menawarkan spesifikasi lebih tinggi berbanding model sebelumnya Xperia XA.
Menampilkan paparan skrin berukuran 5.2 inci dengan resolusi HD penuh, Xperia XZ yang dioperasikan oleh Android 6.0 Marshmallow turut dikuasakan oleh Snapdragon 820, memori dalaman 32GB dengan RAM 3GB.
Bagi melengkapkan fungsi multimedia peranti ini, ia menawarkan lensa utama 23 Megapiksel dengan sokongan PDAF, manakala kamera hadapan beresolusi 13 Megapiksel turut boleh membuat rakaman video HD penuh.
https://www.youtube.com/watch?v=CG-do8ltJ8U&feature=youtu.be
Kamera utama juga hadir dengan sokongan penstabilan 5-axis, yang pertama di dunia pada peranti mudah alih. Selain itu, smartphone ini turut menyokong teknologi pengimbas cap jari yang terletak di bahagian tepi.
Jika dibandingkan dari segi spesifikasi, ia boleh dikatakan agak ketinggalan, tetapi Sony sememangnya terkenal dengan ketahanan baterinya serta salah satu fokus yang menarik adalah sokongan tahan lasak pada Xperia XZ ini.
https://www.youtube.com/watch?v=UvvjIMaGRYY&feature=youtu.be
Buat masa sekarang, harga jualan masih belum didedahkan, dan ia akan mula dipasarkan pada bulan Oktober 2016 nanti. Bagi sesiapa yang berminat, boleh daftar minat di sini.
https://www.youtube.com/watch?v=ofBv1zqH_0c


