
Suasana dunia peranti pintar tempatan semakin panas apabila vivo bakal melancarkan peranti dengan dwi kamera selfie pertama dunia iaitu vivo V17 Pro pada 1 Oktober 2019 [ESOK]! Berkongsi kegembiraan ini, duta vivo Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza dilihat amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan peranti ini.

Beliau juga dilihat sempat merakam merakam gambar selfie bersama beberapa peminat dan penonton menggunakan vivo V17 Pro ketika konsert Big Stage musim kedua yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, baru-baru ini.
Muncul sebagai ahli baru keluaran vivo, model ini bakal membawakan persediaan 6 kamera utama – membolehkan pengguna menangkap pelbagai gambar yang sempurna, tidak mengenal apa sahaja senario. Siri V sebenarnya cukup terkenal sebagai barisan model yang mengkhususkan pada persediaan kamera dengan resolusi tinggi.

Dengan konsep inovatif – “Shoot Beyond limits”, vivo V17 Pro dilengkapi dua kamera hadapan dengan gabungan lensa 32MP + 8MP yang disokong oleh Selfie Softlight dan Super Night Selfie. Dengan ciri ini, semua orang kini boleh berselfie dengan sempurna tanpa cela sekaligus mendedahkan keindahan sebenar kehidupan dengan cara yang mudah.

Sementara itu, kamera utama pada vivo V17 Pro mempunyai 48MP(main) + 8MP (Super Wide Angle ) + 2MP (bokeh) + 2MP (super macro lens). Lebih excited, vivo V17 Pro dilengkapi dengan USB Type-C! Finally, vivo buat juga USB Type-C! Korang nak tahu mengenai harga dan ketersediaannya? Kekal bersama eRing untuk maklumat terkini!~

