General Mobile Mendarat Di Malaysia – Sebuah Android One Dikenali GM 5 Plus

Pertama kali mendengar nama ini? Ya, syarikat yang berasal dari negara Amerika Syarikat ini baru sahaja membuka langkah di pasaran Malaysia dengan pengenalan sebuah telefon pintar hasil kerjasama bersama Google Android One yang lebih dikenali sebagai GM 5 Plus.

Menurut General Mobile, peranti di bawah siri Android One adalah sebuah program yang menawarkan telefon pintar Pure Android dengan harga lebih rendah kepada orang ramai. GM 5 Plus adalah model kedua keluaran syarikat ini hadir dengan Android 7.1.1 Nougat dan cip berkuasa Qualcomm Snapdragon 617 mampu memberikan prestasi yang stabil dan pantas dalam hiburan.

Apa yang terdapat di bahagian belakang peranti ini, ia dilengkapi dengan kamera 13 Megapiksel dwi lampu flash LED memaparkan rakaman di paparan skrin jenis IPS bersaiz 5.5 inci 1920 x 1080p dengan perlindungan Corning Gorilla Glass.

Badan GM 5 Plus lebih kukuh dengan campuran titanium bersama kerangka aluminium aloi yang sama digunakan dalam industri penerbangan. Sambungan rangkaian lebih baik dengan ciri LTE Cat 7 dan sistem GPS serta GLONASS akan memudahkan pengguna.

Anda yang berminat dengan GM 5 Plus, boleh kunjungi laman atas talian KWS Distribution pada harga RM899 bermula pertengahan bulan Julai ini.

You might also like