
Tidak cukup dengan kelas flagship dan permulaan, Lenovo Malaysia juga yakin kelas pertengahan adalah kelas yang penting perlu diutamakan lagi-lagi di pasaran Malaysia. Oleh itu, Lenovo telah melancarkan dua lagi telefon pintar iaitu Moto E4 dan Moto E4 Plus yang dijual pada harga yang kompetitif.
Mari kita lihat spesifikasi yang ditawarkan pada Moto E4 dahulu, ia didatangkan dengan paparan HD bersaiz 5 inci 1280 x 720p bersama gelas 2.5 darjah. Pemproses yang digunakan ialah jenis MediaTek MT6737 empat teras 1.3GHz cukup untuk kegunaan media sosial yang menyeluruh, juga dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat dan bekerjasama dengan RAM 2GB, serta ruang storan 16GB.

Kamera belakang pada Moto E4 ini menggunakan lensa 8 Megapiksel aperture f/2.2 sudut lebar bersama fungsi autofocus serta rakaman 720p (30fps), sementara kamera depan pula dimuatkan lensa 5 Megapiksel aperture f/2.0 sudut lebar tetapi menggunakan fixed autofocus sahaja. Namun, kedua-dua lensa ini masih lagi menawarkan fungsi lampu flash LED, mod Burst, HDR dan Beautification. Moto E4 ini dibekalkan dengan bateri sebesar 2,800mAh, sokongan dua SIM Nano dan warna pilihan Iron Gray dan Blush Gold.
Peranti seterusnya pula ialah Moto E4 Plus, dipadankan bersama paparan HD 5.5 inci 1280 x 720, diikuti gelas 2.5 darjah di sekeliling mengemaskan lagi fizikal luarannya. Set cip yang menjana smartphone ini menerima MediaTek MT6737 empat teras 1.3GHz dan sistem operasi Android 7.1.1 Nougat. Memori yang lebih besar seperti RAM 3GB, storan 32GB memantapkan lagi perkakasan dalaman untuk model ini.
Sudut penggambaran utama dilengkapi dengan kamera 13 Megapiksel aperture f/2.2, lensa sudut lebar turut dibantu ciri autofocus. Fungsi lain juga termasuk lampu flash LED, mod Burst, Panorama, HDR, Beautification dan rakaman video 720p. Di samping itu, kamera depan pula hadir dengan lensa 5 Megapiksel aperture f/2.4 datang bersama fungsi dan ciri sama seperti kamera belakang. Bagi melengkapkan spesifikasi Moto E4 Plus dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, speaker Dolby Atmos, dua mikrofon dan kemasan warna bodi Iron Grey dan Fine Gold.
Lenovo Mobile menawarkan Moto E dan Moto E Plus dengan tanda harga RM639 dan RM799 dan boleh dapatkan di semua kedai sah Lenovo Mobile dan pengedar seluruh Malaysia. Layari Facebook Motorola Malaysia untuk keterangan lanjut.