
Jika anda yang ingin menjimatkan wang, Lenovo Malaysia juga telah memperkenalkan dua model dalam kelas permulaan yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih rendah iaitu Moto C dan Moto C Plus. Kedua-duanya mempunyai rupa fizikal yang tidak jauh beza cuma ianya boleh dibezakan hanya dengan saiz dan harga.
Moto C didatangkan dengan paparan 5 inci WVGA 854 x 480 dengan sistem operasi Android 7.0 Nougat, sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Kamera utama pada peranti ini hadir dengan lensa 5 Megapiksel aperture f/2.4 sudut lebar 74 darjah, manakala di depan pula diletakkan kamera 2 Megapiksel aperture f/2.8 sudut lebar 63 darjah. Kedua-dua kamera ini disokong oleh satu lampu flash LED, mod Burst, HDR dan Beautification untuk setiap satu.

Beralih ke bahagian perkakasan dalaman, cip yang menghidupkan peranti ini ialah MediaTek MT6737m empat teras 1.1GHz dan RAM 1GB serta ruang storan 16GB, juga menyokong slot kad microSD sehingga 32GB. Bateri yang diguna pakai berkapasiti 2,350mAh boleh dibuka dan didatangkan dengan warna pilihan Starry Black dan Pearl White.
Selain itu, model dengan spesifikasi yang lebih baik iaitu Moto C Plus juga turut dilancarkan. Peranti ini pula menerima skrin paparan HD 1280 x 720 dan Android 7.0 Nougat serta set cip MediaTek MT6737 empat teras 1.3GHz. Selain daripada paparan, sistem memori juga turut dipertingkatkan dengan menyediakan RAM 2GB, dan storan 16GB juga menyokong kad microSD sehingga 32GB.

Moto C Plus dimuatkan dengan kamera belakang 8 Megapiksel aperture f/2.2 autofocus, dan kamera depan 2 Megapiksel aperture f/2.8 autofocus pegun masih mendapat ciri yang sama seperti satu lampu flash LED, Burst Mod, HDR dan Beautification. Bateri yang besar juga telah dimasukkan dengan kapasiti 4,000mAh.
Lenovo Mobile menawarkan Moto C dan Moto C Plus dengan tanda harga RM399 dan RM539, anda boleh dapatkan di semua kedai sah Lenovo Mobile dan pengedar seluruh Malaysia.
Di samping itu, bermula 7 Julai sehingga 12 Julai 2017, para pelanggan di Lembah Klang boleh mencari kereta Motorola dan merebut peluang untuk memenangi Moto Z² Play baharu serta pelbagai hadiah harian lain. Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan, ikuti laman Facebook Moto Malaysia.
Baca lagi…
Rasmi! Moto Z² Play Dilancarkan Pada Harga RM1,999 – Telefon Pintar Dengan Ciri Modular