
Motorola Memperkenalkan Moto C & C Plus Pada Harga Rendah?!
Motorola ialah sebuah jenama pengeluar telefon mudah alih yang sudah lama bertapak di industri ini. Oleh itu, mereka kali ini lebih cenderung untuk mengeluarkan telefon pintar yang mampu milik. Selain memperkenalkan Moto G5 di segmen pertengahan, pihak Lenovo juga membawa model Moto C sebagai telefon pintar yang murah. Model ini mensasarkan golongan baru pengguna peranti pintar dan spesifikasi asas.
Moto C didatangkan dengan paparan skrin beresolusi 854 x 480 piksel, sementara Moto C Plus hadir dengan 1280 x 720 piksel. Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh cip empat -teras MediaTek serta menyokong sambungan LTE 4G pada Moto C Plus, manakala pada Moto C pula hanya sambungan 3G boleh dicapai.
Kandungan RAM pula 1GB pada Moto C dan Moto C Plus diberi pilihan sama ada 1GB atau 2GB RAM. Ruangan storan dalaman pula hadir dengan 16GB di Moto C Plus, 8GB pada Moto C dan kedua-dua peranti ini menyokong slot tambahan microSD sebagai storan tambahan.
Moto C Plus didatangkan dengan bateri sebesar 4000mAh, sebaliknya pada Moto C kapasiti bateri cuma 2350mAh, tetapi dengan spesifikasi yang rendah ini masing-masing mampu bertahan dengan jangka masa yang lebih lama dengan sekali cas.
Beralih kepada bahagian kamera hadapan, kedua-dua peranti ini hanya menawarkan 2MP sahaja, namun sedikit berbeza pada kamera utamanya di mana Moto C menggunakan 5MP, dan 8MP di Moto C Plus. Bantuan LED flash turut ditawarkan bagi kedua-dua model ini, ia dapat membantu mengambil gambar yang terang dalam suasana yang kurang cahaya.
Walau bagaimanapun, tarikh bagi pelancaran Moto C dan Moto C Plus ini masih tidak diumumkan lagi oleh pihak Lenovo.